TAAT.....Talibarut yang ditahan ini ingin menyampaikan
mesej yang hanya boleh dibaca oleh tokoh yang gambarnya dicetak pada baju
dipakai pengganas ini.
SEMPORNA:
Polis menahan empat lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan
penceroboh yang terlibat dalam kejadian serangan hendap di Kampung Sri Jaya
Simunul, di sini, Sabtu lepas.
Empat
lelaki yang ditahan dalam operasi khas oleh sekumpulan anggota polis dari
jabatan cawangan jenayah berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah itu berusia
dalam lingkungan 20-an hingga 50-an.
Menurut
polis, operasi yang dijalankan di Jalan Lapangan Terbang, kira-kira lima
kilometer dari Pekan Semporna, bertujuan menangkap penceroboh yang didakwa
menyamar sebagai penduduk kampung di beberapa kawasan di Semporna.
“Bertindak
hasil maklumat awam dan maklumat risikan yang dikumpul sejak beberapa hari
lepas, kami berjaya menahan empat lelaki untuk siasatan,” kata pegawai
berkenaan.
Beliau
berkata operasi itu bermula pada pukul 12 tengah hari dan berakhir 1.15 tengah
hari.
Tinjauan
Bernama di lokasi operasi mendapati dua rumah diperiksa dan polis berjaya
menahan dua lelaki di rumah itu manakala seorang lelaki ditahan ketika keluar
dari belukar dan seorang lagi ditahan dalam pemeriksaan terhadap sebuah
kenderaan yang mencurigakan.
Dalam
kejadian Sabtu lepas, enam anggota polis terkorban dalam serang hendap oleh
kumpulan pengganas bersenjata. Kejadian pada pukul 8 malam itu turut
menyebabkan enam pengganas terbunuh. (Bernama)
No comments:
Post a Comment