Oleh : NIGEL AW
PANGLIMA angkatan tentera
Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menjelaskan bahawa timbunan mayat ditemui dalam satu
lahad di Kampung Tanduo adalah korban dalam pertempuran yang berlaku di antara
pasukan keselamatan dan penceroboh Filipina sebelum Ops Daulat dilancarkan.
Katanya, 12 penceroboh
berkenaan terbunuh ketika pertempuran pada 1 Mac. Namun, pasukan keselamatan
hanya menemui sembilan mayat di dalam lahad tersebut, katanya.
Pasukan keselamatan percaya
terdapat tiga lagi mayat yang kini sedang dikesan, tambahnya.
Mayat berkenaan mungkin
telah dikebumikan atau dibawa ke kawasan lain yang tidak diketahui, katanya
dalam satu sidang media di Felda Sahabat Residence petang ini.
Jumlah penceroboh yang
dibunuh sejak konflik ini bermula adalah 13 orang, termasuk seorang yang
ditembak mati pagi ini.
Terdahulu, dua menteri,
Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Zahid Hamidi mendedahkan gambar
menunjukkan bukti kematian berkenaan dalam satu sidang media petang ini.
No comments:
Post a Comment