PEJABAT
Peguam Negara (AGC) akan mengemukakan permohonan bagi Jamalul Kiram III dari
Filipina diekstradisi ke negara ini jika terbukti ada kes terhadapnya, kata
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, kelmarin.
Beliau
berkata pejabatnya telah meneliti perkara itu (ekstradisi) sejak minggu lepas.
"Perkara
paling penting ialah siasatan terhadap perkara itu oleh polis perlu
diselesaikan terlebih dahulu, kes perlu dibuktikan terhadap seseorang sebelum
membuat permohonan bagi ekstradisi," katanya kepada Bernama semasa
dihubungi kelmarin.
Pegawai
tertinggi pejabat pendakwa raya itu menjelaskan perlu dibuktikan ada kes
terhadap seseorang itu sebelum AGC memutuskan untuk mengambil sebarang tindakan
seperti memohon ekstradisi atau mendakwa seseorang itu di mahkamah.
Beliau
turut menasihatkan orang ramai supaya memberi ruang kepada polis menjalankan
tugas mereka menyiasat kes itu.
"Jika
terbukti ada kes, kami (AGC) pasti akan melakukannya (memohon
ekstradisi)," tegas Abdul Gani.
Beliau
berkata demikian semasa diminta mengulas laporan media mengenai ekstradisi
Jamalul Kiram yang didakwa mengarahkan pencerobohan bersenjata di Sabah, yang mengakibatkan lapan anggota polis
terbunuh. (Bernama)
No comments:
Post a Comment