Wednesday 6 March 2013

AMANAH SOKONG TINDAKAN OFENSIF






TUARAN : Angkatan Amanah Merdeka Malaysia (AMANAH) Kawasan Sulaman menganggap tindakan drastik pasukan keselamatan dengan melancarkan serangan ofensif pada selasa adalah tepat dan perlu bagi menamatkan kemelut keganasan selama 22 hari di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Pengerusi AMANAH Kawasan Sulaman, Haji Ghulabdin Enjih meskipun merasa kesal dengan tindakan yang sedikit terlewat oleh pihak berwajib sehinggakan mengorbankan beberapa orang wira negara, namun serangan ofensif oleh pasukan keselamatan telah membuktikan keseriusan pihak berwajib dalam menangani isu pencerobohan di beberapa kawasan di Sabah dan berharap operasi pembersihan pengganas itu akan betakhir dengan segera.

"Saya sesungguhnya mengharapkan dengan berlakunya tregedi ini akan memberikan pengajaran kepada keseluruhan kita termasuklah pihak berwajib terhadap keselamatan negara agar terus mengetatkan lagi kawalan keselamatan masa akan datang. Semoga musuh-musuh yang akan menyerang, sama ada dari dalam mahupun dari luar tidak akan mudah menyerang kita jika pihak keselamatan telah benar-benar mengambil keutamaan terhadap pertahanan negara.

"Sehubungan itu, kita amat berterima kasih kepada pihak polis dan tentera atas tindakan yang telah diambil, kesediaan mereka bertarung nyawa tidak dapat dinilai dengan apa juga. Namun mereka telah dapat menyelesaikan kebimbangan dan kecelaruan penduduk negeri ini walaupun di mana berada akibat dari pencerobohan pengganas Sulu itu," kata Haji Ghulabdin lagi.

Haji Ghulabdin sempat mengingatkan bahawa Sabah adalah sebuah negeri yang telah merdeka dan menjadi sebuah negeri di bawah Malaysia.

Oleh itu, kata Ghulabdin, mana-mana negara di dunia akan memberikan penentangan jika sebuah negari merdeka diceroboh oleh orang asing dari negara luar. Tindakan serangan Ofensif pasukan keselamatan adalah terpuji kerana memandangkan pengganas telah melakukan keganasan sehingga mengorbankan nyawa pasukan keselamatan negara.

Beliau percaya dengan tindakan pasukan keselamatan itu keseluruhan penduduk khasnya yang tinggal di Daerah Lahad Datu akan merasa terjamin dan tindakan serangan ofensif pihak keselamatan memberikan semangat baru bahawa pihak pertahanan kita mampu mengatasi tragedi pencerobohan itu.

Haji Ghulabdin selanjutnya meminta semua pihak dari segenap lapisan agar bekerjasama dengan pihak keselamatan dalam menentukan keselamatan awam mendapat jaminan dan beliau menyeru mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) supaya bersatu bila menghadapi apa juga situasi seperti ini tanpa mengira apa juga fahaman dan fungsinya.

No comments:

Post a Comment