BURU....Kereta
perisai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memasuki kawasan perkampungan bagi
memburu saki baki pengganas Sulu selepas sembilan hari Ops Daulat dilancarkan
di Lahad Datu pada hari ini (Rabu).
LAHAD DATU: Pasukan
keselamatan yakin ketua kumpulan militan yang menceroboh Lahad Datu, Azzimudie
Kiram masih berada dengan kumpulan itu yang kini berkubu di Kampung Tanjung
Batu, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu.
Pesuruhjaya Polis Sabah
Datuk Hamza Taib yakin Azzimudie tidak pernah keluar dari kawasan berkenaan
sejak pencerobohan pada 12 Februari lepas.
“Sebagai ketua dia tidak
akan lari. Kami masih yakin dia bersama kumpulan itu,” katanya pada sidang
akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk
Ahmad Zaki Mokhtar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini, Rabu.
Hamza berkata keyakinan itu
bersandarkan kawalan ketat pasukan keselamatan di kawasan zon merah Operasi
Daulat termasuk melalui laut kerana kawalan di laut adalah amat kukuh dan
pemantauan sentiasa dijalankan.
Hamza berkata tiada
pertempuran dilapor sejak malam tadi hingga pukul 10 pagi ini dan operasi kini
diperluas ke Sungai Nyamuk berhampiran Tanjung Batu.
Ditanya bila penduduk
Kampung Tanduo akan pulang ke kampung mereka, beliau berkata perkara itu belum
diputuskan kerana terdapat beberapa faktor perlu diteliti.
“Hanya ada 10 rumah di situ.
Banyak aspek perlu dipertimbangkan termasuk sama ada tanah mereka duduki adalah
milik mereka atau tidak dan taraf kerakyatan mereka.
“Pewujudan Kawasan
Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM) juga (menyebabkan) kami harus melihat secara
lebih menyeluruh bagaimana untuk menyelesaikan masalah itu,” katanya.
No comments:
Post a Comment