DRAMA.....Maryam
Kiram (kiri) bercakap pada sidang media di Makati semalam.
MANILA : Balu kepada Sultan
Sulu, Maryam Mahakuttah Kiram percaya pertempuran yang sedang berlaku di Sabah
hanya satu drama dan menegaskan ia hanya sebagai pelan permainan untuk
mendapatkan kembali hak milik mereka.
Bercakap kepada pemberita
semalam, Puteri Maryam Kiram mendakwa yang dirinya juga pernah ditawar untuk
menjadi sebahagian dari drama oleh pihak-pihak berkenaan satu ketika dahulu.
“Saya yakin perkara ini
hanya drama selepas saya pernah duduk sekali bersama mereka.
"Saya juga bersedia
untuk berunding bagi menyelesaikan konflik ini dari terus berlanjutan.
Penyelesaian bersama kedua-dua belah pihak dapat dicapai,” ujar beliau dipetik The
Philippine Star.
Maryam bagaimanapun tidak
menjelaskan apa yang dimaksudkan sebagai "drama" tetapi mendakwa yang
media turut memainkan peranan dalam mengada-adakan cerita.
Beliau yang mendakwa
mewakili Kesultanan Sulu berkata ahli keluarga diraja telah menubuhkan Yayasan
Diraja Kesultanan Sulu.
Maryam turut berharap dapat
mengadakan perbincangan dengan pemimpin Malaysia.
Beliau turut yakin yang
kerajaan Malaysia mengamalkan sikap terbuka dan mampu menyelesaikan perkara ini
secara baik.
No comments:
Post a Comment