Tuesday, 12 March 2013

CSR TAJA PEMBANGUNAN INSAN






APA KHABAR?...Dato Sri Nasir (tengah) diringi Pengerusi Petronas Wilayah Sabah Dan Labuan, Joseph Podtung sempena majlis Persefahaman Petronas dan lima buah Institusi kemahiran dan pelancaran Program Sentuhan Ilmu Petronas di Mernara Petronas Kota Kinabalu.

Oleh : ARSHAD HUSSIN
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, menyeru badan-badan koporat, organisasi swasta dan individu turut berusaha dan berinisiatif membantu golongan pelajar dan rakyat Sabah dari segi pembangunan insan  melalui tajaan program latihan.

Katanya, kerajaan negeri dan seluruh rakyat menghargai dan menyambut baik usaha dan inisiatif Petronas mewujudkan kerjasama dengan beberapa buah institusi kemahiran dan sekolah di negeri ini.

Musa menjelaskan, kerjasama itu pasti akan member manfaat yang besar kepada rakyat Sabah sekaligus akan membantu meningkatkan taraf hidup selaras dengan Pelan Halatuju dan dasar Pembangunan Negeri ini.

Beliau berkata demikian sempena Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) & Pelancaran Program Sentuhan Ilmu Petronas di sini.

Teks ucapan beliau disampaiakan Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Dato Sri Nasir Tun Sakaran.

Hadirsama sempena majlis itu Naib Presiden Pengurusan Sumber Manusia Petronas, Puan Raiha Azni Abd Rahman; Pengerusi Petronas Wilayah Sabah Dan Labuan,Jospeh Podtung; Pengarah Yayasn Sabah, Tan Sri Datu Khalil Datu Jamalul, wakil-wakil Institusi Latihan Teknikal; Pengetua sekolah dan pelajar-pelajar sekolah.

Musa berkata, kerjasama seumpama itu akan menyediakan landasan dan asas yang kukuh serta persekitaran yang kondusif untuk mencetuskan trafsformasi pembangunan belia perkasa dan modal insane berkualiti.

Katanya, kerajaan negeri amat menitikberatkan pembangunan Modal Insan yang berkualiti bagi memacu keseimbangan pembangunan negeri Sabah pada keseluruhannya.

Musa menegaskan, penglibatan Petronas menerusi Corporate Social responsibility (CSR) bukan sahaja mampu membentuk calon berpotensi sebagai pekerja berkualiti malahan mereka juga boleh dibimbing mengikut pasaran pekerjaan semasa.

Beliau menambah,dengan adanya kemahiran belia tempatan juga berpeluang untuk memenuhi keperluan tenaga mahir untuk industry minyak dan gas khususnya di negeri ini.

Sempena majlis itu sebanyak lapan buah sekolah dan pelajar terpilih mendapat bantuan dan menerima sijil Petronas.

No comments:

Post a Comment