LAPOR....OSIN
(tengah) bersama ahli Kelab Pro BN Beaufort selepas membuat laporan polis
berhubung kenyataan Tian Chua di IPD Beaufort pada Khamis.
Oleh : ABU BAKAR ESAH
BEAUFORT: Kelab Pro BN
Beaufort menyelar kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian
Chua berhubung serangan pengganas di Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO/BN.
Pengerusinya, Haji Osin
Jilun berkata kenyataan itu adalah satu tindakan sonsang yang memperlihatkan
pemimpin pembangkang itu tidak bertanggungjawab dan memperlekehkan usaha
kerajaan mempertahankan kedaulatan negara ini.
“Kenyataan itu tidak
bertanggungjawab, tidak berperi kemanusiaan kerana tragedi itu sebenarnya telah
menyebabkan kematian dan kecederaan kepada beberapa orang anggota keselamatan
kita.
“Oleh itu kami meminta pihak
kerajaan menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Tian Chua
mengikut undang-undang,” katanya.
Beliau berkata demikian
selepas membuat laporan polis berhubung perkara itu di Balai Polis Daerah
Beaufort di sini, pada Khamis.
Osin yang juga mantan
Setiuasaha Politik Datuk Seri Panglima Lajim Ukin berkata Pro BN sentiasa
menyokong sepenuhnya apa jua keputusan dan tindakan kerajaan terhadap
pengganas.
“Kami juga sentiasa berdoa
semoga semua anggota passukan keselamatan kita yang sedang berjuang akan
dilindungi Allah, selamat dan berjaya menghapuskan semua pengganas-penganas
tersebut dalam masa yang terdeakat ini. Insya Allah,” katanya.
No comments:
Post a Comment