KENANGAN.....Amai
dan Peguam yang sentiasa menolong Orang Asal, Datuk Kong Hong Ming sempat
mengambil gambar kenangan sebelum meninggalkan kandang saksi kelmarin (11 Mac 2013).
Oleh : GALUS AHTOI
SETELAH 6 hari berada di
kandang saksi dalam Mahkamah Tinggi di Kota Kinabalu bagi kes Pemberian Geran
Tanah/Rampasan Tanah Adat, penduduk di tujuh buah kampung dalam Daerah Tongod; akhirnya
saksi ke-4, Amai @ Martin Ampisik yang kini berumur 79 tahun merupakan bekas
Ketua Anak Negeri telah selesai memberi keterangan.
Bagi Amai, perjuangan masih
jauh dan pelbagai cabaran sedang melanda dan harus ditempuhi dengan tabah. Perbicaraan
sedang berjalan dari kelmarin 11 Mac 2013 sehingga 15 Mac 2013 bagi bulan Mac
ini.
Persoalannya, kenapakah
orang miskin yang sudah nyata haknya dalam perundangan 'DIPAKSA' menyatakan
haknya terhadap Tanah Adat (NCR) sehingga di peringkat mahkamah?
Manakala dalam Kes Darinsuk
P. Apan di Tongod adalah MARUAH dan MASA DEPAN Orang Asal ke atas hak memiliki
tanah menurut PEGANGAN TANAH ADAT (NCR).
No comments:
Post a Comment