CENDERA.....
Puan Afidah Bujang menyampaikan Cenderakenangan Kepada Penceramah dari Tribunal
Tuntutan Pengguna, Puan Jaidah Yusof.
Oleh : MEDIA BARIS
TUARAN: Persatuan Bekas
Anggota Perisikan Malaysia (BARIS) Negeri Sabah telah menganjurkan seminar yang
bertujuan memberi kesedaran dan pendidikan berhubung hak pengguna di Dewan
Majlis Daerah Tuaran yang dihadiri lebih 100 orang peserta terdiri dari wakil
wakil Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan orang perseorangan Ahad lalu.
Seminar yang diadakan bagi
peringkat Daerah Tuaran ini telah mendapat kerjasama penuh daripada Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepengunaan (KPDNKK) Cawangan Daerah
Tuaran. Seminar ini bertujuan memberi kesedaran dan pendidikan tentang hak
kepenggunaan pendedahan kepada bumiputera di negeri ini.
Pada sebelah paginya,
seminar ini telah diberi penerangan tentang hak-hak sebagai seorang pengguna
oleh Ridzuan bin Hj Ismail, Pegawai Kanan daripada KPDNKK Cawangan Tauran
manaka pada sebelah petangnya, Puan Jaidah Yusof daripada Tribunal Tuntutan
Pengguna, Kota Kinabalu telah memberi pendedahan berhubung akta-akta dan
undang-undang yang berkaitan dengan hak kepenggunaan.
Perasmian seminar ini telah
dilakukan oleh Robert Peter Takom, Ketua Cawangan KPDNKK Daerah Tuaran.
Dalam ucapannya, beliau
telah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Persatuan Bekas Anggota
Perisikan Malaysia (BARIS) Negeri Sabah kerana telah berjaya menganjurkan beberapa
siri seminar berhubung kepenggunaan, walaupun persatuan ini baru sahaja
ditubuhkan pada Januari yang lalu.
Menurutnya, KPDNKK telah
banyak melaksanakan pelbagai program seperti seminar kepenggunaan, taklimat,
ceramah, pameran dan lain-lain yang berkaitan pengguna dalam usaha memberi
pendedahan kepada pengguna seluruhnya tentang peranan KPDNKK mengenai hak-hak
pengguna, bagaimana menjadi pengguna yang bijak, memberi maklumat mengenai tips
kepenggunaan, undang-undang kepenggunaan, peranan dan tanggungjawab yang harus
dipikul oleh persatuan pengguna dalam melindungi pengguna yang menjurus kepada
perundangan.
Katanya, adalah menjadi
tanggungjawab kita untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan maklumat
kepenggunaan agar kita dapat memahami perkara-perkara asas kepenggunaan selain
menjadi pengguna yang bijak, berinformasi, tahu hak dan tanggungjawab sebagai
pengguna dan dapat melindungi diri dan keluarga daripada ditipu dan ditindas
oleh taktik-taktik perniagaan yang mengelirukan pengguna.
PESERTA.....
Sebahagian Peserta Terlibat Dalam Program Kesedaran Pengguna Bergambar Kenangan
Dengan Urusetia Penganjur.
Setiausaha Persatuan Bekas
Anggota Perisikan Malaysia (BARIS) Negeri Sabah, Puan Afidah Bujang berkata
program seumpama ini akan diteruskan ke beberapa buah daerah di negeri ini
dalam usaha memberi pendedahan, kesedaran dan pendidikan kepada rakyat yang
merupakan pengguna dalam negeri ini.
Menurutnya lagi, rakyat
sebagai pengguna harus bijak dalam memainkan peranan mereka sebagai pengguna
kerana kuasa yang ada pada pengguna amatlah besar dan ianya dapat memberi impak
dalam kehidupan seharian.
Beliau juga merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada KPDKK Negeri Sabah kerana telah memberi kerjasama yang
memberangsangkan dalam membantu persatuan ini memberi kesedaran kepada rakyat
yang merupakan pengguna di negeri ini katanya.
No comments:
Post a Comment