Oleh : DEBRA CHONG
KUALA LUMPUR : Insiden
keganasan di Sabah yang telah menyebabkan 22 kematian hanya akan tamat secara
aman sekiranya Manila bersetuju dengan tuntutan pengikut Kiram yang mendakwa
negeri utara Borneo itu adalah milik keturunan Sultan Sulu, lapor akhbar
Filipina kelmarin.
Sultan Sulu, Sultan Jamalul
Kiram III berkata kepada Philippine Daily Inquirer, beliau masih lagi membuka
pintu rundingan dengan pentadbiran Aquino walaupun kerajaan Filipina itu
menyebelahi kerajaan Malaysia.
“Rundingan masih belum
terlambat kerana saya mengatakan semuanya masih terbuka,” kata Jamalul dipetik
media Filipina di kediamannya di sana petang tadi.
Jamalul yang mendakwa
berketurunan diraja Sulu yang memiliki negeri Borneo itu — yang sekarang
merupakan sebahagian daripada Malaysia — dilaporkan berkata keluarganya hanya
menuntut tanah mereka.
Adik kepada Jamalul,
Agbimuddin Kiram, dilaporkan mengetuai sekumpulan lelaki bersenjata sekitar 100
hingga 200 orang telah menceroboh Lahad Datu, Sabah, pada 9 Februari dan
berakhir dengan pertempuran dengan pihak berkuasa Malaysia di tiga kawasan.
Portal Borneo Insider yang
baru berusia tiga bulan dilaporkan berkata Agbimuddin pernah berkhidmat sebagai
pembantu Pegawai Daerah Kudat ketika Tun Mustapha Harun menjadi Ketua Menteri
Sabah.
Putrajaya juga telah
menghantar dua batalion tentera untuk membantu pasukan keselamatan ke negeri
berkenaan selepas tujuh anggota polis terbunuh sejak hujung minggu lalu.
Manakala14 anggota militan Filipina itu terbunuh.
Polis Malaysia dilaporkan
bekerjasama dengan pasukan tentera untuk menjejaki 10 lelaki yang didakwa
berkaitan dengan kumpulan tersebut.
Jamalul berkata kepada
pemberita beliau pelik kenapa Filipina menyebelahi Malaysia.
“Kenapa tidak menyokong
kami? Kami rakyat Filipina tetapi mereka menyokong Malaysia,” katanya.
Dia dilaporkan berkata
penyokongnya menyeludup ke Sabah hanya mahukan penyelesaian terhadap tanah yang
didakwa menjadi milik mereka.
“Ini bukan bahan jenaka.
Malaking gulo ito, malaking gulo ito (ini masalah besar),” katanya kepada
pemberita.
Jamalul berkata lagi bangsa
Tausugs dan Filipina juga sedia mati untuk tujuan itu.
Anak perempuannya, Jacel
Kiram, dilaporkan berkata keluarganya mahu berjumpa dengan wakil dari Presiden
Filipina, Presiden Benigno Aquino III, yang menjadi jurucakap kerajaan.
“Jika mereka serius, mereka
patut duduk dan berbincang dengan kami tanpa melalui orang tengah,” katanya.
“Ini isu nasional, malah isu antarabangsa. Kenapa tidak kerajaan berjumpa
kami?”
Jacel mengaitkan laporan
Filipina bahawa pentadbiran Aquino menafikan di TV nasional Filipina mereka
telah menghantar wakil untuk berbincang dengan keluarga berkenaan dan mereka
bercakap dengan Mujiv Hataman, yang menjadi pegawai bertugas dalam Wilayah
Autonomi Muslim Mindanao.
Dia turut menggesa pengikut
keluarga berkenaan untuk bertenang dan tidak melepaskan kemarahan mereka kepada
kerajaan Malaysia yang menaganggap mereka di Sabah sebagai “musuh”.
Dia turut mengingatkan
Muslim Filipina bahawa rakyat Malaysia di negara berkenaan juga bukan musuh.
Presiden Aquino telah
mengingatkan kumpulan berkenaan dua kali untuk mengiut arahannya untuk keluar
dari Sabah dan kembali ke kampung halaman.
Jabatan Kehakiman Filipina
juga bercadang membawa kes itu ke Mahkamah Dunia.
Perdana Menteri Najib Razak
yang tidak mengendahkan tuntutan kumpulan berkenaan sejak tiga minggu, telah
memberi kata dua kepada militan berkenaan, menyerah atau menerima tindakan yang
drastik.
No comments:
Post a Comment