Saudara Pengarang,
SURAT terbuka ini saya
tujukan kepada YAB Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri
Malaysia berhubung penindasan pegawai-pegawai Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) terhadap usahawan bumiputera negeri Sabah
yang berjaya.
Surat daripada pihak Perdana
Menteri bertarikh 27 Disember 2012 yang ditujukan khas kepada Cik Nor Nazimah
bt Hashim, Setiausaha Sulit Kanan Menteri KPDNKK telah dijawab pada 26 Febuari
2013 oleh Dato’ Basaruddin Bin Sadali, Timbalan Ketua Setiausaha KPDNKK selepas
dua (2) bulan lamanya.
Surat rasmi Ketua Menteri Sabah
pada 30 Oktober 2012 yang ditujukan khas kepada Menteri PDNKK, Dato’ Sri Ismail
Sabri bin Yaakob tidak dijawab oleh
KPDNKK sehingga ke hari ini dan sudah memakan masa lebih empat (4) bulan
lamanya.
Persoalannya, kenapakah
surat daripada Perdana Menteri dan surat rasmi Ketua Mentri Sabah dipandang remeh
oleh Menteri KPDNKK? Apakah motif KPDNKK memandang terlalu rendah dan
memperlekehkan surat-surat rasmi Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah?
Saya amat kesal kerana Dato’
Basaruddin bin Sadali dalam penjelasannya di perkara 7 & 8, MENGHALALKAN tindakan
penguatkuasaan ke atas Multi Inrich Sdn Bhd kononnya mengikut peruntukan kuasa
penyiasatan di bawah Akta Perihal Dangangan 1972, telah dibicarakan di Mahkamah dan tidak
timbul sebarang isu penindasan atau penguatkuasaan secara ‘Mala Fide’.
Kelihatannya, Dato’
Basaruddin ibarat menegak benang yang sudah basah, maka saya dengan ikhlas ingin membuktikan
kenyataan Dato’ tidak benar dan Dato’ juga ada mempunyai niat jahat (mala fide)
terhadap ramai usahawan Bumiputera di Negeri Sabah dengan sewenang-wenangnya
mengunakan Akta Perihal Dangangan 1972 untuk 'membunuh' ramai usahawan Bumiputera Negeri Sabah.
Kenapa Dato’ Basaruddin terlalu
takut untuk mengunakan Akta tersebut kepada usahawan bukan Bumiputera dan Dato’
lebih suka diselesaikan kes di pejabat KPDNKK sahaja walaupun ada bukti
menunjukkan kes jenayah berat?
Jawapan Dato’ Basaruddin dalam
surat bertarikh 26 Februari 2013 juga
adalah satu penghinaan kepada Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Menteri Sabah kerana
Mahkamah juga telah memutuskan pihak Dato’ didapati telah gagal membuktikan kes
‘Prima Facie’.
Dato’ Basaruddin juga
terbukti telah berjaya menindas, menghancurkan perniagaan ramai usahawan
Bumiputera Negeri Sabah sehingga Ketua Menteri Sabah amat kesal di atas
tindakan Dato’ Basaruddin yang keterlaluan terhadap syarikat kami.
Saya boleh buktikan yang
Dato’ Basaruddin ada mempunyai niat jahat 'mala fide’ terhadap ramai usahawan
bumiputera yang berjaya di Negeri Sabah.
Perdana Menteri Datuk Seri
Najib bin Tun Razak telah menyatakan di Perhimpunan Usahawan Bumiputera 2013
pada 13 Mac 2013, Kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan kerajaan yang meranap
atau merobohkan peluang usahawan Bumiputera untuk berniaga.
Tetapi malangnya, Dato’ Basaruddin
sendiri telah terbukti berjaya meranap atau merobohkan ramai usahawan
Bumiputera yang berjaya di Negeri Sabah.
Adalah wajib Perdana Menteri
memastikan tranformasi dilakukan Menteri KPDNKK kerana ramai pegawai dan
kakitangan Kementerian menggunakan kedudukan mereka untuk menindas, meranap
atau merobohkan ramai uhawan Bumiputera Negeri Sabah.
Sekian, terima kasih.
Salam Hormat,
ABDUL KARIM AHMAD
Mangsa Penindasan KPDNKK
No comments:
Post a Comment