Friday 1 March 2013

KRT BAWA BERITA GEMBIRA KEPADA PENDUDUK





Oleh : ABU BAKAR ESAH

BEAUFORT: Kewujudan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negara membawa berita gembira kepada rakyat tentang rahmat berpanjangan ikatan perpaduan penduduk di negara ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hala Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun berkata KRT adalah satu gerakan melakukan sesuatu yang baik untuk kepentingan rakyat keseluruhannya yang telah terbukti berjaya mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

“KRT telah berjaya mencapi objektif penubuhannya yang antara lain bagi memelihara dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras dengan dasar-dasar kerajaan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

“Perpaduan dan kerjasama dikalangan rakyat merupakan tunggak kekuatan negara kita dan melaui KRT rakyat dapat bekerjasama dan saling berganding bahu dalam melaksanakan program-program yang dianjurkan,” katanya.

Azizah berkata demikian ketka merasmikan Program Sayangi Komuniti Peringkat Daerah Beaufort. Anjuran JK Permuafakatan KRT Daerah Beaufort, di KRT Kg Rancangan Klias di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Perpadauan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Sabah, Nurul Akmalina Shamsudin, Pegawai JPNIN Daerah Beaufort, Fauziah Salleh, Pengerusi penganjur, Ruslan Muharam.

Program yang mendapat sambutan menggalakan daripada penduduk itu diisi dengan acara sukaneka, pertandingan lagu-lagu 60an, pakaian beragam kanak-kanak.

Azizah yang juga wakil rakyat Dun Klias turut menggesa KRT agar terus memperbanyakkan lagi penganjuran program kemasyarakatan yang berfaedah kepada masyarakat, kampung, negeri dan negara.

Beliau seterusnya berharap KRT dapat menjalinkan kerjasama dengan pemimpin masyarakat dan pemimpin pertubuhan atau persatuan yang lain bagi memastikan program yang dianjurkan dapat dilaksankan dengan lebih lancar dan berkesan.

“Selain itu saya juga ingin mengajak penduduk agar memberi sokongan padu kepada program-program yang dainjurkan KRT samada diperingkat kampung , daearh dan peringkat negeri,” katanya sambil mengingatkan agar penduduk tidak melupakna budi baik kerajaan.

“Kenanglah budi kerajaan. Bersyukurlah kerana kita mempunyai kerajaan yang baik. Pelabagi usaha kerajaan telah terbukti dapat memelihara perpaduan dengan baik dan memastikan rakyat hidup dalam keadaan harmoni dan makmur.

“Marilah sama-sama kita memberi sokongan padu kepada kerajaan yang ada sekarang untuk memastikan segala kesejahteraan dan kemakmuran hidupyang kita nikmati selama ini berkekalan dan dapat diwarisi generasi masa depan,” katanya.

No comments:

Post a Comment