Oleh : ZULAIKHA ZULKIFLI
EXCO Pemuda Umno Lokman Adam
berkata, beliau sememangnya pernah menjadi penasihat kepada Sultan Sulu yang 'diiktiraf'
kerajaan Malaysia, Sultan Roodinood Julaspi Kiram pada tahun 2005 hingga 2006.
Menurut Lokman, pelantikan
beliau sebagai penasihat bagi anak kepada Sultan Julaspi Kiram itu bertujuan
untuk membantu urusan dengan kerajaan Malaysia berhubung kebajikan mereka.
"Saya akui, saya pernah
dilantik oleh Sultan Sulu yang sebenar iaitu Sultan Roodinood, anak kepada
Sultan Julaspi Kiram sebagai penasihat beliau sekitar tahun 2005 untuk
berurusan dengan kerajaan Malaysia berhubung kebajikan mereka.
"Saya juga akui pernah
mencetak kad nama jawatan tersebut bagi urusan rasmi dengan kerajaan Malaysia.
Untuk pengesahan pekara ini, anda boleh merujuk kepada menteri luar pada ketika
itu, Tan Sri Syed Hamid Albar," katanya dalam satu kenyataan media hari
ini.
Lokman berkata demikian bagi
menjawab dakwaan yang tersebar di blog dan laman sosial berhubung kaitan beliau
dengan Sultan Sulu yang didakwa menghantar pengikut untuk menceroboh pantai
timur Sabah.
No comments:
Post a Comment