Tuesday 12 March 2013

MAUT BUKTI PENGGANAS TIDAK KEBAL







LAHAD DATU: Bilangan penceroboh militan yang terbunuh dalam Operasi Daulat membuktikan mereka tidak kebal, sekali gus menolak dakwaan penceroboh menggunakan ilmu mistik untuk berhadapan dengan pasukan keselamatan.

“Ini terbukti apabila pasukan keselamatan berjaya menembak mati 54 orang daripada mereka,” kata Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohammed Yusoff.

Beliau berkata, perkara itu mulai tersebar di laman sosial apabila satu daripada gambar penceroboh militan yang terbunuh menunjukkan pengganas itu memakai tangkal dan kain berwarna kuning pada badannya.

Ramli berkata, penggunaan tangkal itu mungkin untuk meyakinkan pengikut kumpulan itu bahawa tindakan mereka kononnya adalah jihad.

“Hakikatnya hanya ilmu pengetahuan yang mampu memberikan kita kepandaian dalam mempertahan negara dan bukan ilmu tahyul yang menyempitkan akal kita,” katanya. (Bernama)

No comments:

Post a Comment