Sunday, 17 March 2013

NEGARA MEMERLUKAN WANITA PERKASA






SANTAI.....AZIZAH dan Isnin bersama-sama peserta program 1Million Women Purple Walk peringkat Daerah Beaufort pada satu acara santai.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

BEAUFORT: Isu-isu pemerkasaan wanita semakin mendapat perhatian semua pihak yang berkepentingan tidak kira kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan, ahli akademik atau anggota masyarakat.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun berkata ianya berlaku kerana kini semua pihak telah menyedari bahawa wanita memiliki sifat tanggungjawab untuk melaksanakan sesuatu perkara itu dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya.

“Kerajaan tahu kepentingan wanita di negara ini dan kerana itu hari ini wanita begitu diberi perhatian dan berperanan penting dalam apa juga ruang atau aspirasi yang kerajaan agendakan,” katanya pada program 1Million Women Purple Walk peringkat Daerah Beaufort di sini, pagi kelmarin.

Program sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa itu diadakan serantak diseluruh negara yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Puterajaya Kuala Lumpur. Sementara itu di Kota Kinabalu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman menyempurnakan uapacara pelancaran bagi peringkat negeri ini.

Azizah yang juga Dun Klias kerkata program itu jelas memberi mesej keutuhan perpaduan . kerana ianya dihadiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang berlainan agama, bangsa, fahaman dan budaya di seluruh pelusuk negara.

“Kekuatan yang luar biasa ini pasti memberi aura positif kepada kita di negara ini kerana disamping acara berjalan kaki yang nampak mudah ini, sebenarnya kita mendapat pelbagai manfaat sampingan. Sesungghnya saya pasti hari ini bukan sahaja wanita yang turut serta tetapi kaum lelaki juga serta anak-anak tidak ketinggalan bersama.

"Justeru keadaan ini telah secara tidak langsung mengeratkan hubungan kekeluargaan, hubungan masyarakat, menyokong gaya hidup sihat, bertukar fikiran, berkenal-kenalan, serta memupuk semangat nasionalisma yang tinggi dalam menjayakan program negara,” katanya.

Azizah turut berharap agar langkah demi langkah bersepadu itu dapat dihayati dalam erti semangat perjuangan tanda ksih kepada negara sebagaimana perjuangan dan pengorbanan wira negara di barisan hadapan.

“Marilah langkah yang bersepadu ini, kita titipkan sebagai semangat perjuangan dan cinta negara serta langkah penghormatan dan penghargaan kepada wirawan negara yang ketika ini sedang mempertahankan kedaulatan negara kita dari ancaman penceroboh. Walaupun tanpa senjata sebenarnya kita juga merupakan askar-askar negara dan mempertahankan kedaulatan negara adalah tanggungjawab kita. Insyallah kita akan memperolehi kembali keamanan dan berilah kepercayaan penuh kepada anggota ketenteraan kita utuk memastikan kelangsungan keamanan di negeri ini dan negara umumnya,” katanya.

Hadir sama, Penolong Ketua Daerah Beaufort, Jufri Etok, Pemangku Ketua umno Bahagian Beaufort, Isnin Aliasnih, Pegawai Kebajikan Beaufort, Rokiah Salleh dan Pegawai Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Daerah Beaufort, Fariha Shaffie.

No comments:

Post a Comment