Friday, 1 March 2013

PEMBANGKANG AKAN KEMPUNAN DI LIBARAN







HULUR ......Prihatin Juslie   sedang menyampaikan sumbangan kepada Warga Emas di Kg Gum-Gum.

Oleh: SAIMON S JUMADI

LIBARAN : Bukan mudah parti Parti pembangkang Pakatan Rakyat membolot kerusi DUN Gum-Gum, Sungei Sibuga dan Parlimen Libaran pada PRU-13 ini nanti kerana menjadi kubu kuat BN/UMNO selama ini.

Walaupun parti pembangkang rajin keluar masuk kampung untuk menabur pelbagai fitnah bagi meracuni fikiran rakyat supaya membenci kerajaan Barisan Nasional (BN); tetapi hasutan mereka sedikitpun tidak diterima oleh rakyat di kawasan tersebut kerana mereka sudah jelak dengan fitnah yang tidak berasas itu.

Ahli Parlimen Libaran, Datuk Hj Juslie Ajirol berkata demikian ketika memberi taklimat semasa membuat lawatan ke Pusat Daerah Pengundi (PDM) di kampung Semawang, dekat sini kelmarin.

Katanya, rakyat di kawasan Libaran bukan seperti 10 tahun yang lalu boleh digula-gula dan mudah termakan hasutan songsang oleh para pemimpin pembangkang; tetapi kini situasi sudah berubah kerana mereka telah mengecapi pelbagai kemudahan dan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan.

Sejurus selepas lawatan ke PDM Kampung Semawang, Juslie melawat ke Kampung Gum-Gum untuk menemui lima orang Warga Emas yang sudah uzur dan memberikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban seharian.





TAKLIMAT...Juslie dan Zakaria sedang memberikan taklimat di program Pusat Daerah Mengundi (PDM)  dengan penduduk Kg Semawang.

Ketika diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS,  Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyifatkan para penerima BR1M adalah sama seperti haiwan, kata Juslie; kenyataan berkenaan amat tidak wajar, apatah lagi diucapkan secara sedar oleh seorang bertaraf ulama.

Perbuatan Nik Aziz, tambah Juslie bukan sahaja menghina para penerima BR1M di kalangan ahi-ahli BN/UMNO; bahkan beliau (Nik Aziz) turut menghina ahli-ahli PAS, PKR dan DAP yang turut mendapat BR1M tersebut dan merupakan satu tamparan hebat kepada ahli mereka sendiri.

Sementara itu, ADUN Gum Gum, Zakaria Hj Edris berkata, sebagai insan kita jangan sesekali meminggirkan atau mengenepikan golongan warga emas kerana jasa-jasa yang disumbangkan semasa muda mereka harus dihargai.

"Saya ingin menasihatkan kepada para pengundi Gum-Gum yang inginkan kemajuan lebih pesat, haruslah memberikan sokongan padu bukan sahaja kepada pucuk pimpinan parti, bahkan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN),” ujarnya.

Katanya, sejak Gum-Gum ditadbir oleh kerajaan BN selama  hampir 10 tahun, kini telah berubah wajah kerana banyak pembangunan asas dilaksanakan; termasuk Program Perumahan Rakyat (PPR), PPRT, Jalan-jalan Kampung, membina Dewan Gum-Gum dan menaik taraf pasar tamu.

Ditanya mengenai Pencerobohan di Lahad Datu yang kini masih lagi belum selesai, Zakaria menjelaskan biarlah pihak kerajaan sendiri yang menyelesaikan dengan jalan yang terbaik, tanpa adanya insiden yang tidak diingini  berlaku.

No comments:

Post a Comment