SURAT...Dato
Sri Nasir (kanan) meneliti dokumentasi permohonan daripada salah seorang
penduduk sempena majlis Ziarah Rakyat di Kampung Simunul Dab-Dab, Semporna.
Oleh:ARSHAD HUSSIN
SEMPORNA: Menteri Di Jabatan
Ketua Menteri, Dato Sri Nasir Tun Sakaran, mengingatkan rakyat negeri ini terus
memberikan sokongan padu kepada semua pemimpin dan parti Barisan Nasional (BN) demi
kesinambungan pembangunan dan transformasi yang telah dan sedang dilaksanakan
sejak kerajaan BN memerintah Negara ini.
Katanya, kerajaan BN ikhlas
membela nasib rakyat dengan misi Tradisi Membela Rakyat dan Janji Ditepati
bukannya seperti pembangkang yang hanya tahu bercakap seumpama “Suli-Suli
Kamahung”.
Nasir berkata demikian
sempena majlis Ziarah Rakyat dan & penyampaian Kad Pengesanan Pengundi di
Kampung Sakong Sri Aman; Kampung Sejati dan Kampung Simunul dab-Dab dekat sini.
Hadirsama sempena majlis itu
Ketua Daerah Semporna, OKK Haji Musa Sabaani; Ketua Bahagian Parti Bersatu
Sabah Kawasan Semporna, Hassan Gabrah; Timbalan Ketua Bahagian PBS Semporna, Lee
Chong Wah; Pegawai Perhubungan Adun Senallang Haji Zainal Jalaludin; Pegawai
Kemajuan Masyarakat Dun Senallang, Roslan Jalaludin; Panglima Ulung Mandangan; Ketua
Kampung Sejati, Teddy Usbah; dan Unit Gerak Khas Pejabat Dun Senallang.
Nasir berkata,rakyat tidak
usahlah mendengar ocehan pembangkang yang suka menyebar propaganda untuk
mengelirukan pemikiran rakyat memburuk-burukkan kerajaan BN yang sejak dulu, kini
dan selamanya berbakti serta memperjuangkan nasib rakyat.
Beliau menegaskan, hanya
kerajaan BN yang mampu membawa kesejahteraan, kemakmuran dan keamanan Negara
ini yang telah dibuktikan sekian lama.
Nasir menjelaskan, bantuan
kerajaan yang disampaikan kepada rakyat terutamanya Bantuan Rakyat 1Malaysia 01
& 0.2 bukanlah kerana memancing undi dalam pilihanraya tetapi ianya
kesinambungan Tradisi Membela Rakyat khususnya rakyat yang kurang berkemampuan.
Sehubungan itu Nasir yang
juga Wakil Rakyat Kawasan Senallang, meminta semua penduduk dan pengundi di
kawasan ketiga kampung itu sentiasa bersatupadu dan memelihara hubungan
silaturrahim sesama masyarakat.
Katanya, tiada gunanya
Negara ini aman dan makmur seandainya rakyat hidup dalam huru-hara dan tidak
mengamalkan perasaan muhibbah dan mesra kaum.
“Tanpa kasih sayang sesama
rakyat dan pemimpin sesebuah Negara itu, kita tidak akan dapat merasa nikmat
pembangunan dan kesejahteraan seperti apa yang kita ada hari ini,” kata Nasir.
sakaran is pilipino......shit...!!
ReplyDelete