Oleh : AHMAD FADLI KC
KETUA pembangkang Datuk Seri
Anwar Ibrahim berpendapat pencerobohan Lahad Datu oleh kumpulan bersenjata,
sepatutnya boleh ditangani dengan segera.
Menurutnya, berdasarkan
penerangan bekas-bekas jeneral kanan tentera yang menyertai PKR, beliau percaya
ketumbukan tentera Malaysia mempunyai kekuatan untuk menangani pencerobohan itu
dalam masa yang singkat.
"Perkara ini boleh
ditangani dengan segera kerana saya percaya dengan kapasiti pasukan keselamatan
kita.
"Dan kami (PKR)
beruntung kerana kita mendapat penerangan dari bekas jeneral kanan askar yang
menerangkan keadaannya dan kemungkinan ia boleh ditangani dengan pantas,"
katanya dalam sidang media selepas satu forum anjuran pejabat beliau di Kuala
Lumpur petang semalam.
Anwar turut menegaskan
bahawa kerajaan perlu mengambil sikap "bersedia dan tegas" dalam
dasar keselamatan mereka.
"Apabila berurusan
dengan kumpulan militan, kerajaan perlulah bersedia dan tegas.
"Itu sewajarnya telah
jelas dalam polisi keselamatan kita," katanya sambil menambah bahawa
rakyat Malaysia kini bukan menentang orang Sulu tetapi sebaliknya mereka
menentang penceroboh bersenjata.
Beliau turut menyeru agar
isu pencerobohan yang merupakan isu keselamatan negara tidak dikaitkan dengan isu
pilihan raya.
"Saya lebih gemar
mengasingkan isu berkaitan keselamatan nasional ini daripada isu pilihan
raya," katanya. (MKINI)
No comments:
Post a Comment