Oleh : QISHIN TARIQ
KUALA LUMPUR: Menteri yang
bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
pada Selasa berkata, insiden Lahad Datuk merupakan satu pencerobohan bukannya
peperangan.
“Ini merupakan satu
pencerobohan kepada kedaulatan negara, bukannya suatu peperangan.
“Oleh kerana ia adalah
pencerobohan, maka keadaan itu lebih baik dikendalikan oleh polis,” katanya
yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Ditanya mengenai bagaimana
lelaki bersenjata Sulu akan ditangani, beliau berkata, sekiranya ia adalah
peperangan, Konvensyen Geneva akan memainkan peranan.
"Jika mereka melanggar
undang-undang Malaysia, mereka akan didakwa di mahkamah,” kata Nazri.
Beliau menambah, mereka
sudah tentu akan didakwa kerana membunuh.
Dalam pertempuran antara
penceroboh bersenjata Sulu dan pasukan keselamatan Malaysia, seramai enam
anggota polis terbunuh.
No comments:
Post a Comment