MANILA
: Sultan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya Sultan Sulu menolak dakwaan
Malaysia yang melabelkan pengikut-pengikutnya sebagai pengganas di Sabah,
menurut beberapa laporan semalam.
Menurutnya,
para pengikutnya yang diketuai adiknya, Raja Muda Azzumuddie hanya cuba pulang
ke tanah air mereka.
“Adakah
orang di tanah air sendiri pengganas? Adakah orang di kediaman sendiri di tanah
air sendiri pengganas,” kata Jamalul Kiram dalam satu temu bual bersama stesen
radio dzMM.
Menurut
portal berita ABS-CBNnews.com, Jamalul Kiram menyatakan tujuan melabel
penggikutnya sebagai pengganas adalah untuk menghalang campur tangan
antarabangsa di Sabah.
Sebelum
ini, media Malaysia memetik Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman sebagai
berkata bahawa Setiausaha Luar Filipina, Alberto Del Rosario bersetuju kumpulan
yang menceroboh Sabah itu dianggap sebagai pengganas.
Sementara
itu, Jamalul Kiram sekali menegaskan bahawa Tentera Diraja Kesultanan Sulu itu
tidak akan menyerah diri.
Katanya,
mereka selamat daripada serangan pasukan keselamatan Malaysia.Beliau berkata,
adiknya dan para pengikutnya tidak akan kembali ke Filipina.
Jamalul
Kiram menyatakan, beliau tidak akan mengarahkan para pengikutnya itu kembali ke
tanah air.
Para
pengikut Jamalul Kiram menceroboh Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu
kerana menganggap ia merupakan tanah milik Kesultanan Sulu.
No comments:
Post a Comment