KUALA LUMPUR: Berikut adalah
kenyataan penuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung serangan di
Kampung Tanduo, Lahad Datu: Sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di
Lahad Datu pada 12 Februari 2013, kerajaan mengambil pendekatan untuk
menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah.
Pihak polis sudah mengadakan
pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan
aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius.
Semakin lama pencerobohan
ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat
untuk keluar dari tanah Sabah.
Pada hari Jumaat lalu, mereka
melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut
menyebabkan dua anggota kita terbunuh; sehari kemudian enam lagi anggota polis
dibunuh oleh penceroboh di Semporna.
Selepas serangan yang
pertama, saya menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka
enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak.
Sebagai negara Islam yang
cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan,
usaha kita menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.
Sebaliknya, anggota pasukan
keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia khususnya di Sabah
bimbangkan keselamatan mereka.
Kerajaan mesti mengambil
tindakan yang sewajarnya bagi menjaga marurah dan kedaultan negara sebagaimana
yang dituntut oleh rakyat.
Pada jam 7 pagi ini pasukan
keselamatan melancarkan serangan di Kampung Tanduo.
No comments:
Post a Comment