KUALA LUMPUR : Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan perasaan sedih dengan kematian
dua anggota komando Polis Diraja Malaysia (VAT 69) dalam insiden tembakan
membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Kampung
Tanduo, Lahad Datu, Sabah Jumaat.
Perasaan itu diluahkan
beliau melalui laman Twitternya malam ini.
"Saya turut berasa
sedih di atas terkorbannya dua anggota VAT 69 Polis di Lahad Datu. Semoga Allah
mencucuri rahmat ke atas rohnya (mereka berdua). Al-Fatihah," katanya.
Kejadian kira-kira 10 pagi
itu menyaksikan dua anggota komando polis berkenaan terkorban manakala 12
penceroboh bersenjata terbabit turut maut.
Ia turut mencederakan tiga
lagi anggota pasukan keselamatan Malaysia.
Kesemua 12 penceroboh rakyat
asing yang terbunuh itu adalah antara 180 pengikut 'Sultan Sulu' yang dikepung
pasukan keselamatan di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo. (Bernama)
No comments:
Post a Comment