Saudara Pengarang,
SEBELUM apa-apa, saya ingin
mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Sabahkini.net kerana menyiarkan
beberapa artikel mengenai penyalahgunaan kuasa Sadan Hussin, Pegawai Kerja
Majlis Daerah Tuaran.
Atas pendedahan yang saya
dan beberapa Hamba Allah yang telah dibuat melalui Sabahkini.net, akhirnya Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat siasatan terhadap Sadan minggu
lalu.
Berita siasatan ini sekarang
tengah heboh di Tuaran dan seluruh rakyat Tuaran menyambut baik perkara ini dan
mengharapkan agar pihak SPRM membuat siasatan dengan telus dan teliti memandangkan
Sadan ini sangat licik serta mendapat perlindungan dan immunuti daripada Datuk
Hajiji Haji Noor.
Daripada perbualan dan
kenyataan penduduk Tuaran, rata-rata melahirkan rasa kecewa dengan Datuk Hajiji
dan pihak Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan kerana tidak mengambil
tindakan terhadap Sadan walaupun banyak pendedahan telah dibuat oleh orang
ramai mengenai penyalahgunaan kuasa Sadan.
Mungkin atas sebab ini maka
SPRM membuat serbuan ke pejabat MDT. Pihak Jabatan Audit Negara juga telah membuat
serbuan ke pejabat MDT sebelum SPRM. Namun saya difahamkan, perkara ini telah
sampai ke perhatian Sadan terlebih dahulu dan dia telah mengambil cuti semasa
pihak SPRM membuat serbuan.
Ini menunjukkan MDT
merupakan agensi kerajaan yang bermasaalah dan berpunca dari sikap Ketua
Jabatan yang mementingkan diri sendiri, biadab dan menyalahguna kuasa. Kalau
sudah berpuluh tahun menjadi Pegawai Eksekutif di satu Daerah, amat pasti akan
berlaku penyalahgunaan kuasa dan rasuah.
Datuk Hajiji, saya merayu agar
Datuk mengambil tindakan dengan segera untuk mengekang Sadan daripada terus
bermaharaja lela dan merosakkan nama Datuk sendiri. PRU 13 semakin hampir dan
sudah pastinya Datuk akan kecundang jika keadaan ini berterusan.
Terima Kasih,
MOHAMAD ARRIFIN
No comments:
Post a Comment