CEK...Datuk
Seri Shafie (dua kiri) diringi Dato Sri Nasir (kiri); Datuk Harman (dua kanan)
dan DSP Mohd Firdaus F. Abdullah (tengah) menerima chek sumbangan Persatuan
Peniaga-Peniaga Cina Semporna (SCCC) disampaikan Ho Kim Guan (tiga kanan) disaksikan
Peter Gan (empat kanan) sempena majlis pedlancaran Tabung Wira Lahad Datu di
Semporna.
Oleh : ARSHAD HUSSIN
SEMPORNA:Tabung Wira Lahad
Datu yang dilancarkan bagi menjaga kebajikan keluarga wira-wira Negara dalam
insiden pencerobohan bersenjata dari Filipina terus mendapat sambutan orang
ramai dan pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) serta persatuan perniagaan.
Terbaharu Persatuan
Peniaga-Peniaga Cina Semporna (SCCC) turut menderma RM5,000 kepada tabung
berkenaan yang disampaikan Ho Kim Guan selaku wakil Pengerusi SCCC, Datuk Seri
Panglima Gan Sau Wah kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah, Datuk
Seri Mohd.Shafie Apdal.
Majlis ringkas itu
disaksikan Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Dato Sri Nasir Tun Sakaran; Ketua
Polis Daerah Semporna, DSP Mohd.Firdaus F.Abdullah; Pengerusi Baitul Mal, Datuk
Harman Mohammad; Pengurus Eksekutif Dragon Inn Floating Resort, Peter Gan dan
AJK SCCC Yapp Chee Hee.
No comments:
Post a Comment