Oleh : ZAMZURINA ZAMZURI
SETELAH tertangkap basah di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kerana menyeludup daging rusa (hidup
liar dilindungi) seberat lebih kurang 20 kilogram melalui Penerbangan Malaysia
MH2134 pada jam lebih kurang 3.30 petang 19 Ogos 2011, Komander APMM, Azman
Shamsuddin merasakan dunianya 'Gelap Gelita' kerana boleh didakwa di bawah Enakmen
Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah 1997.
Laporan penuh kes ini boleh
diikuti melalui artikel 'KP APMM Kempunan Makan Daging Rusa?' yang disiarkan
pada 20 Ogos 2011.
Namun Azman bukan
calang-calang orang kerana bukan sahaja boleh terlepas daripada pendakwaan oleh
Jabatan Hidupan Liar Sabah; malah kesnya ditutup begitu sahaja dan mendapat
bonus pengesahan jawatan sebagai Komander; semata-mata kerana menjadi 'mesengger'
untuk bossnya, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, Laksamana
Maritim Dato' Mohd Amdan Kurish yang mengidam daging rusa @ payau.
Jika seorang Komander APMM
ditugaskan untuk menyeludup daging rusa melalui lapangan terbang, tidak hairanlah
jika APMM gagal menjaga perairan negara setelah menjadi agensi tunggal memantau
maritim Malaysia sehingga berlakunya insiden pencerobohan oleh PATI yang
mendakwa mereka sebagai Tentera Sultan Sulu.
Agak malang bagi rakyat
Sabah kerana walaupun Pengarah Jabatan Hidupan Liar anak jati Sabah, namun
gagal mengambil tindakan tegas terhadap pegawai tinggi APMM ini dan terpaksa
membelakangkan tarikh permit memburu bagi menutup kes berkenaan yang merupakan
kes pertama melibatkan agensi penguatkuasa.
No comments:
Post a Comment