Oleh : ZAHEEDAH KIRAM
NAIB Presiden UMNO, Dato'
Seri Mohd Shafie Apdal disifatkan sebagai liat membayar hutang sehingga
memalukan UMNO kerana gagal mematuhi Konsep 'Janji Ditepati' yang dipelopori
Presiden UMNO.
Peniaga Bumiputera, Karim
Ahmad, mendedahkan bahawa Shafie Apdal telah berhutang dengan syarikatnya
Hazrim Sukanika pada 1994 sejumlah RM12,600 ketika diminta membekalkan alat
binaan dan alat pejabat kepada Pejabat UMNO Semporna.
"Sehingga kini setelah
beberapa kali saya minta, Shafie hanya membayar RM200. Cukup memalukan dan
menghina peniaga bumiputera seperti saya," ujar Karim yang kesal kerana
UMNO masih mengekalkan pemimpin yang tidak berhati perut berkenaan.
Menurut Karim, hutang
berkenaan telah diakui sah dan disaksikan oleh Ketua Daerah Semporna, OKK Haji
Musa Hj Sabaani yang ketika itu bertugas sebagai Penyelia KEMAS Semporna.
Walaupun Karim telah
memberikan notis tujuh hari bermula 4 Februari 2013 kepada Shafie untuk
menjelaskan hutang berkenaan, namun sehingga ke hari ini tidak mendapat
sebarang respon dan akan menyerahkan kepada peguamnya untuk mengambil tindakan
undang-undang.
Kini jumlah hutang Shafie
ialah RM31,248 setelah mengambilkira kadar kerugian 8% setahun selama 19 tahun.
"Sehubungan itu, saya
menyeru agar rakyat Semporna menilai semula sokongan mereka terhadap Shafie
kerana tidak bertanggung jawab dan sentiasa menindas peniaga dan mereka yang
bersimpati dengan perjuangan UMNO selama ini," ujar Karim yang kesal
kerana menerima nasib yang sama dengan puluhan peniaga lain.
No comments:
Post a Comment