Monday, 4 March 2013

TINGKATKAN KESELAMATAN MURID ISTIMEWA







Oleh : MOHD HISYAMMIEDDY BIN ESA

SAYA ucapkan takziah kepada keluarga dua anggota keselamatan negara, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang terkorban dalam insiden bersenjata di Lahad Datu pada 1 Mac 2013 dan beberapa orang lagi anggota keselamatan negara dalam pertempuran di Semporna malam tadi ( 2 Mac 2013 ).

Sesungguhnya peristiwa berdarah ini amat merisaukan keselamatan dalam kalangan warga murid istimewa dan pendidik khususnya sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi seperti SK Kg Selamat dan SK Sahabat 16 (lokasi yang paling dekat dengan pertempuran tersebut).

Atas kapasiti saya sebagai Ketua Biro Kebajikan, Majlis Guru Pendidikan Khas Sabah merayu kepada pihak berkuasa agar dapat mengetatkan lagi kawalan keselamatan di kawasan tersebut ke tahap tertinggi dan Kementerian Pelajaran perlu mempertimbangkan penutupan sementara sekolah yang mempunyai murid istemewa di dalam lingkungan 'Zon Perang' tersebut sehingga keadaan benar-benar terkawal.

Saya khuatir, murid istimewa yang tidak berupaya ini akan menjadi mangsa penculikan kumpulan pengganas terbabit jika murid berkenaan berada di luar sekolah untuk menunggu bas dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment