Oleh : ABU MUAWIYAH
SAYA teringat lagi ketika
rakan saya, Christopher daripada Jerman yang bertanya: 'Eh, Malaysia sekarang
berperang dengan Filipina?". Saya ketika itu memang tak tahu langsung
pasal hal ni, saya tak sangka, rakan saya dari Jerman tu yang tahu lebih awal dari
saya.
Ramai juga rakan-rakan Turki
yang bertanya tentang konflik yang sedang melanda Malaysia. Antara kata-kata
mereka 'Nampaknya keamanan di Malaysia dicemburui musuh-musuhnya'.
Sedar atau tidak, kita tidak
bersendirian, ramai yang mendoakan kita. Mereka tahu apa yang berlaku, cuma
mereka tidak mampu melakukan apa-apa melainkan doa sahaja.
Pakcik di dalam gambar ini
bernama Bahri, berasal dari Ankara, Turki dan dia sangat-sangat menyukai
Malaysia, jika duduk dengannya, dia akan bersembang tentang Malaysia selalunya.
Ketika dia tahu tentang
peristiwa yang melanda Malaysia. Dia benar-benar terkejut dan dia kata: 'Kalian
tidak bersendirian, kami disini bersama kalian, sekarang saya akan sampaikan
mesej ini pada mereka (yang ditulis tu)
"Davanızı gönülden
desdekliyorum. Inşallah başaracaksınız. Sizin için dua ediyorum"
Maksudnya: "Apa sahaja
yang kalian perbuatkan (demi mempertahankan Negeri Sabah), saya menyokong dari
hati. Semoga kalian berjaya. Saya mendoakan kalian"
Semoga Allah merahmati dan
memurahkan rezeki pakcik Bahri ni dan jangan lupa bahawa kita tidak
bersendirian!
No comments:
Post a Comment