Tuesday 5 March 2013

WIRA NEGARA Vs PETUALANG NEGARA






POLIS telah mengenalpasti enam perwira negara yang tumpas di tangan 'Pengganas' di Kampung Simunul Semporna ketika berjuang mempertahankan negara daripada ancaman luar.

Mereka yang terkorban ialah:

1) Superintendan Ibrahim Bin Lebar (C/Khas Bukit Aman)
2) Assistant Supperintendan Micheal Padel (KCKD Semporna)
3) Sarjan Baharin Bin Hamit (C/Khas IPK Sabah)
4) Sarjan Aziz Bin Sarikun (BN 14 PGA Tawau)
5) Koperal Salam Bin Togiran (Caw.Pengangkutan IPD Tawau)
6) Lans Koperal Mohd Azrul Bin Tukiran (BN 14 PGA Tawau)

Manakala wajah berikut ialah Pengganas yang berjaya dibunuh oleh wira negara yang sanggup menggadai nyawa demi mempertahankan negera ketika pihak lain sibuk mengutuk dan mendakwa ini hanya sandiwara UMNO!





Wajah Pengganas ini yang mengaku sebagai 'Tentera Sultan Sulu' terbiar begitu sahaja bagaikan bangkai anjing. Inikah yang mereka harapkan daripada 'Allah' daripada perjuangan sia-sia mereka.

Di mana Sultan Sulu ketika ini? Kenapakah mereka sanggup mengorbankan nyawa mereka demi untuk sebuah perjuangan sia-sia menuntut Sabah.

Anehnya mereka mengaku beragama Islam tetapi amalan mereka menyerang dan membunuh pasukan keselamatan menunjukkan mereka 'Hamba Syaitan' yang sanggup mati katak.

Kematian mereka ini tidak langsung mendapat simpati daripada rakyat Sulu yang telah mendapat kerakyatan Malaysia; malah turut mengutuk tindakan liar pada pengganas ini yang berjubahkan Islam untuk menghalalkan kegiatan subversif mereka.

Al-fatihah untuk enam wira negara yang gugur di Semporna dan terkutuklah 'Tausug' yang terpengaruh dengan bisikan Syaitan dan haus darah akibat tamak kuasa dan harta.

Semoga Pengganas yang masih hidup, bertaubatlah dan kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat. Pandailah berterima kasih kepada kerajaan Malaysia yang telah mengiktiraf mereka sebagai warganegara Malaysia sekalipun mereka kehilangan negara dan tidak layak dianggap sebagai 'Manusia'.

Tausug yang menyerang Sabah adalah Tausug yang telah terpengaruh dengan bisikan Syaitan. Tausuh yang terpengaruh dengan darah akibat tamak kuasa di dunia. (AZMI AZIZ)

No comments:

Post a Comment