Tuesday, 6 August 2013

PELAKUN ROSNAH MOHD NOOR MENINGGAL DUNIA AKIBAT KANSER PAYUDARA

        

OLEH: SHAIMON S JUMADI



ROSNAH.... Riwayat Allahyarhamah Rosnah kelihatan terlantar di wad katil Hospital sambil dikerumuni oleh sanak saudara dan rakan-rakan sehari sebelum menghembus nafasnya yang terakhir


PELAKON popular tahun 1980-an, Rosnah Mohd Noor meninggal dunia pada pukul 2.55 petang  pada 05-08-2013  di Hospital Kuala Lumpur (HKL).


Beita itu dimaklumkan rakan Allahyarhamah, Zaridah Ishak yang menyatakan  bahawa Rosnah sudah pun meninggal dunia pada pukul 2.55 petang. Dan kini saya bersama keluarganya sibuk menguruskan jenazah. Buat masa ini kami belum pasti lokasi pengebumiannya.


Apapun kata Zaridah mereka dan keluarganya sedang membincangkan untuk  mencari tempat  semadian Allahyarhamah Rosnah.


Terdahulu Zaridah pada 27 Februari lalu pernah melaporkan Rosnah dimasukkan ke HKL apabila tulang pada bahagian paha kirinya patah akibat kesan komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser payudara yang dihadapinya sebelum ini.


Tambahnya lagi Allahyarhamah sering mendapatkan rawatan di HKL akibat penyakitnya itu.


Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, Rosnah telah berlakon beberapa buah filem antaranya Hantu Siang (1986), Di Ambang Kasih (1984), Aku Yang Berhormat (1983), Esok Untuk Siapa (1982) dan Ribut Di Hujung Senja (1982).


Hasil perkahwinannya dengan penyanyi dangdut Iwan, beliau dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Ramada Agus Putra, 24, Wan Shamira Puteri Octavia, 22, dan Wan Shahera Puteri Apreena, 20.


Wan Ramada sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina di Australia manakala anak bongsunya pula belajar di sebuah kolej swasta Kuala Lumpur.


Rosnah turut memiliki seorang cucu yang berusia setahun hasil perkahwinan anak keduanya.



“Marilah kita sama-sama menghadiahkan bacaan Al Fatihah semoga Roh Allahyarham Rosnah ditempatkan orang-orang yang beriman Amin...Pinta Zaridah

No comments:

Post a Comment