Kepada Editor
Sabahkini.net,
Sabah hari ini
telah di penuhi berpuluh-puluh Hyper dan Supermaket, di kota kinabalu saja suda
ada 5 buah Hypermaket dan hampir 12 buah supermaket yang saiz
sekurang-kurangnya 20000 sq.
Dengan hanya
mengambil contoh sekitar bandaraya saja, pihak Giant Malaysia memiliki 3 buah
Hyper dan 7 buah Supermaket, dan Servey Hypermaket 2 buah, serta diikuti
supermaker lain di sekitar kk.
Persoalan kita
adakah Sabah mempunyai bilangan penduduk yang padat, sehingga memerlukan
Hypermaket dan supermaket yang sebegitu banyak dan padat?
Apakah kerajaan
sabah, terutamanya Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, pihak yang
berkuasa yang mengeluarkan Licence perniagaan menurusi PBT itu, tidak sedar
apabila meluluskan Lincence ini, memerlukan syarat yang ketat?
Contoh seperti
jarak antara Hypermaket ini antara satu sama lain mestilah sekurang-kurangnya
dalam 15 km, akan tetapi apa jadi antara 2 Hypermaket Giant kolombong dan Giant
Citymall, hanya tidak sampai 5 km saja jaraknya. Justeru itu, persoalan kita
apakah rasionalnya pihak kerajaan sabah boleh mengeluarkan Lincence Hyper ini?
Kami bukan
persoalkan pihak ahli perniagaan dari luar sabah yang ingin berniaga di sabah. Akan
tetapi pihak kerajaan juga patut menjaga periuk nasi serta nasib para perniaga
kecil kedai runcit di sabah. Hari ini bukan saja mereka terpaksa bersaing
dengan para Hypermaket ini dengan harga yang murah malah memberi tawaran harga
menggila kepada pengguna.
Justeru itu pihak
kedai runcit adalah payah bersaing dengan Hyper ini. Disebabkan para peniaga
Hyper dapat membeli dengan banyak serta murah dari pembekal jika dibandingkan
dengan para pekedai runcit.
Memang tidak dinafikan
tawaran harga gila dan murah ini memberi manfaat untuk rakyat Sabah, namun
hakikatnya apa pula yang akan jadi terhadap pekedai-pekedai tempatan?
Alamatnya mereka
bakal gulung tikar, justeru itu kerajaan sabah patut mulai hari ini membekukan
pengeluaran licence lagi untuk Hypermaket dan supermaket di Sabah. Melainkan
memberi pengecualian khas kepada daerah-daerah yang tidak mempunyai supermaket
serta memenuhi syarat seperti kawasan itu mempunyai penduduk yang padat
umpamanya. Kerajaan sabah seharusnya tegas dalam soal ini, serta jangan
meluluskan lagi lincence kedai mini mart.
Hal ini kerana
dikhabarkan ada sebuah Hypermaket dari Semenanjung yang sedang beroperasi di Sabah
diketahui sedang merancang untuk membuka 500 buah lagi mini supermaket di
seluruh Malaysia.
Kita berharap agar
kerajaan bertegas di sini demi mengaga periuk nasi orang tempatan Sabah. Kita
juga berharap agar kerajaan sabah dapat mencontohi kerajaan selangor yang
menghadkan masa perniagaan Hypermaket ini, demi memberi nafas pada
pekedai-pekedai runcit.
Masa perniagaan
suoermarket dan hypermarket haruslah dijadualkan semula bermula dari jam 12.00pm
sehingga 9.00pm pada hari Isnin-Jumaat dan hujung minggu bermula jam 11.00am
hingga 9.00pm.
Semoga dengan
adanya kawalan masa perniagaan ini, akan dapat membantu pekedai -pekedai runcit
akan dapat mendapat peluang masa awal pagi dan lewat malam untuk merebut
sisa-sisa peluang dari Hypermaket dan supermaket ini.
Pihak kerajaan
Sabah harus sedar, dengan meluluskan sebegitu banyak Hyper dan supermaket sebenarnya
memberi manafaat besar kepada taukey besar, sementara itu taukey kecil pekedai
runcit bakal gulung tikar kelak.
Adalah menjadi
tanggungjawab kerajaan Sabah untuk membela pekedai-pekedai runcit seperti kami.
Ini kerana, kami adalah pendokong dan penyokong BN selama ini, serta tetap akan
menyokong kepimpinan ketua menteri Datuk Seri Musa Aman, selagi beliau memimpin
Sabah.
Yang ikhlas,
Mohd Yunus Awang Ali
James Chin Nyuk Foh
Fazli Mat
No comments:
Post a Comment