Oleh: Shaimon S Jumadi
Wan Nurdiyana Mohd Kamarul Zaman
atau nama komersialnya, Dayana Kamal, salah seorang daripada tiga yang rentung
dalam kemalangan ngeri di km 2 Jalan Kota Baharu-Kuala Krai, Bunut Payung awal
pagi semalam merupakan seorang pelakon filem dan drama.
Wan Nurdiyana, 22, pernah membintangi filem “Black Maria”
dan beberapa drama tempatan iaitu 'Rumah Itu Duniaku', 'Sumaiyyah', 'Raya
Dengan Tok', 'Selamat Tinggal Noni', 'Ayah Kami' dan terbaru siri drama popular
'Matahari'.
TERBAKAR....rentung dalam kemalangan ngeri
Ayah Wan Nurdiyana, Mohd Kamarul Zaman Mohd Nor, 44, berkata
arwah anak sulung daripada empat beradik itu kini masih bercuti Aidilfitri dan
sedang menunggu tawaran baru untuk berlakon.
“Pada bulan puasa lalu, arwah mahu memakai tudung untuk penampilan
baru dan seminggu sebelum kejadian, arwah membaca al-Quran yang menyebabkan
ibunya, Wan Norhayati Ismail, 47, rasa sebak dan hairan. Ini merupakan petanda
yang Wan Nurdiyana akan meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya ketika
ditemui di rumah datuk Wan Nurdiyana di Kampung Chempaka di sini, hari ini.
Dalam kejadian itu, selain Wan Nurdiyana yang terkorban, dua
lagi adalah warga Amerika yang juga pekerja pelantar minyak di Terengganu
Gonzalez Christopher, 30, dan Tengku Shamsu Tuan Ibrahim, 25, dari Tanah Merah.
Pemandu kereta jenis Proton Persona yang dinaiki mereka, Tengku Ahmad Nazim
Tengku Azizan, 30, mengalami cedera parah dan dirawat di Hospital Raja
Perempuan Zainab II. Wan Nurdiyana pernah berkahwin dengan vokalis kumpulan The
Times, Nataza Muhamad dan bercerai dua tahun lalu dan hasil perkahwinan itu
dikurniakan seorang anak perempuan Dayang Fatihah Amanda yang berusia empat
tahun.
Jenazah Wan Nurdiyana dikebumikan petang semalam di Tanah
Perkuburan Islam Mata Pasir, Kampung Chempaka. Lebih menyedihkan Mohd Kamarul
Zaman, dua hari lagi genap setahun adik Wan Nurdiyana, Wan Ikmal Hisham,
meninggal dunia juga kerana kemalangan jalan raya di Gua Musang.
“Hati mana tidak sedih kehilangan dua anak dalam kemalangan jalan
raya dalam tempoh dua tahun berturut-turut,” katanya sayu.
Beliau berkata sehingga kini Dayang Fatihah Amanda masih
tidak mengakui ibunya telah meninggal dunia kerana tidak percaya jenazah yang
rentung itu adalah Wan Nurdiyana. Bercerita sebelum kemalangan, beliau berkata
Wan Nurdiyana telah keluar rumah untuk minum bersama rakan-rakannya di Hotel
Renaissance di sini pada pukul 11 malam.
“Saya dimaklumkan mereka berempat keluar untuk makan sup belut
yang saya sendiri tidak tahu sehinggalah dimaklumkan mengenai kemalangan itu
oleh salah seorang keluarga pada pukul 1 petang semalam,” katanya.
Ibu Allahyarham, Wan Norhayati berkata sebelum ini juga
anaknya itu juga enggan mengenakan baju berwarna biru semasa sesi fotografi di
Kuala Lumpur dan mahukan baju berwarna putih untuk dipakai.
“Hari terakhir bertemu Wan Nurdiyana seminggu sebelum ini dan tiga
hari lalu dia meminta wang perbelanjaan,” katanya yang menetap di Lembah
Keramat bersama keluarga yang lain.
kejadian ni dah lama la admin 2009
ReplyDelete