Tuesday 10 August 2010

PEMUDA PBRS SOKONG PERLANTIKAN PAUL




SOKONG… Pemuda PBRS sokong perlantikan anggotanya sebagai Ketua Bahagian PBRS N.33 Bingkor

Oleh: ROZIE JUMAT

PERGERAKAN EXCO Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menyambut baik dan menyokong perlantikan anggota Exco Pemuda, Paul Mansiw sebagai Ketua Bahagian PBRS N.33 Bingkor.

Dalam mesyuarat Exco Pemuda PBRS di Ibu Pejabat parti itu di sini, Ketua Pemudanya, Vincent Lee berkata, perlantikan Paul, 40 tahun iaitu Bendahari Pergerakan itu adalah satu kepercayaan kepada pergerakan pemuda dan mendorong semangat pergerakan itu untuk terus berjuang sebagai tulang belakang parti PBRS.

Anggota EXCO Pemuda PBRS pusat juga mengucapkan tahniah kepada Paul kerana dilantik sebagai Ketua Bahagian mengikut Artikel 37 Perlembagaan PBRS. Pemilihan itu adalah atas suara ramai dari N.33 Bingkor yang mahukan Paul, sebelum ini Timbalan Ketua Bahagian dilantik sebagai Ketua Bahagian. Jawatan itu dikosongkan oleh mantan ketua bahagiannya yang meletakkan jawatan baru-baru ini.

"Pemuda Pusat menyambut baik pemilihan saudara Paul dan kami yakin beliau berkemampuan dan berkebolehan untuk menerajui kepimpinan di bahagian itu," kata Vincent.
Sementara itu, Setiausaha Pemuda PBRS, Charles Ikang berkata, Pemuda PBRS bersama dengan komponen BN yang lain di negeri ini akan mengadakan Program Jelajah 1Malaysia (JOM), iaitu program turun padang bagi mendekati masyarakat di seluruh negara termasuk di Sabah.

Charles berkata program itu merupakan usaha Pemuda BN untuk menawan hati generasi muda bagi memastikan mereka menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang. Program itu telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri di Bukit Jalil baru-baru ini dan akan disesuaikan mengikut keadaan di Sabah kerana bentuk geografinya.

"Di kawasan Pensiangan khususnya di Sook kita telah bersedia untuk melaksanakan program ini," kata Charles yang telah memberikan maklumat mengenai program tersebut.

No comments:

Post a Comment