Tuesday, 17 August 2010

MAYAT REMAJA MATI LEMAS DITEMUI



MANGSA….Anggota polis sedang menghantar mayat mangsa ke Unit Forensik Hospital Tenom untuk menjalani postmortem.

Oleh: MAIL MATHEW

KETUA Polis Daerah Tenom, DSP Mazlan Haji Lazim memberi arahan menutup operasi mencari dan menyelamat seorang remaja yang lemas ketika berenang di Sungai Padas dua hari lalu (ahad) sebaik sahaja mayat mangsa telah ditemui kira-kira jam 12.20 tengah hari tadi.

DSP Mazlan mengklasifikasikan kejadian sebagai mati lemas dan tidak ada unsur-unsur berniat jahat berlaku ketika kejadian. Beliau meminta kaum keluarga mangsa agar bertenang dan terus bersabar menghadapi kejadian tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Operasi mencari dan menyelamat Jamal Kayat menjelaskan bahawa operasi tersebut ditutup tepat jam 1.00 petang sebaik arahan diterima setelah semua anggota yang terlibat merangkumi anggota Bomba dan Penyelamat, Unit Scuba, Polis dan RELA telah diarah balik ke jabatan masing-masing.

Ketika ditanya lokasi mayat mangsa itu ditemui, Kayat berkata, mayat mangsa telah ditemui kira-kira 100 kaki arah ke bawah dari lokasi asal oleh sekumpulan orang awam selain anggota Bomba dan Penyelamat.

“Mungkin juga mayat mangsa boleh dihanyutkan oleh air deras tetapi ia tersangkut di batang kayu yang terlalu banyak berada di dasar air sungai itu. Maka dengan sebab itu mayat mangsa bertahan di dalam air kerana tersangkut dan sukar untuk timbul ke permukaan air,” jelas Jamal Kayat yang juga Ketua Balai Bomba Tenom.

No comments:

Post a Comment