PAKIS…. Warga Pakistan daripada Tenom ini berjaya mendapat passport antarabangsa Malaysia setelah memiliki Mykad Malaysia walaupun baru tiga bulan di Sabah, manakala warga Indonesia, Nasri Subairah (bertopi) pula sedang dibantu oleh Ahli Parlimennya untuk mengesahkan Mykad yang tidak wujud dalam Sistem JPN!
Oleh: HJ.WAHAB TIMPAI BAIGON
PEMIMPIN yang bergelar ‘Yang Berhormat’ bersekongkol untuk membantu orang asing mendapat dokumen pengenalan diri di Sabah bukan sahaja pengkhianat, malah merekalah adalah penjenayah yang patut dijatuhi Hukuman Mati!
Pemimpin seumpama itu wajar disingkirkan pada pilihan raya umum akan datang dan Pemimpin Tertinggi UMNO jangan memberi muka langsung kepada Yang Berhormat ini kerana mereka hanya mementingkan diri sendiri, sebaliknya menggadai masa hadapan rakyat tempatan dan negeri ini kepada warga asing yang jumlahnya kini mengatasi rakyat tempatan di Sabah.
Kes-kes Yang Berhormat membantu penduduk asing, seperti yang dikategori sebagai PATI kini mendapt liputan secara meluas di Sabahkini.net, malah beberapa buah buku sudah diterbitkan iaitu IC PALSU Merampas Hak Rakyat Sabah (1999); Pengundi Untuk Disewa (1999); IC PROJEK Agenda Tersembunyi Mahathir? (2006); 007-Lelaki Malaysia Terakhir? (2007) hasil karya Mutalib M.D, namun para pemimpin tidak mengambil iktibar.
Apa yang mendukacitakan pada rakyat, ialah sejak Parti Bersatu Sabah PBS kembeli menyertai Barisan Nasional (BN), suara mempertahankan hak Sabah dan rakyatnya semakin tidak kedengaran lagi.
Bagaimanapun, rakyat Sabah masih hormat di atas keberanian pemimpin UPKO yang bersuara lantang meneruskan perjuangan yang ditinggalkan pemimpin PBS seperti Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Mojilip Bumburing yang semakin lantang mendedahkan Skandal X-Files warga asing mendapat kerakyatan Malaysia melalui pintu belakang di Persidangan Dewan Rakyat.
Namun agak malang, Naib Presiden PBS, Datuk Radin Malleh kini sudah tidak kedengaran lagi membuat komen mengenai isu itu, berbanding sebelum PBS merujuk kembali ke dalam BN.
Apakah hanya ketika berada dalam posisi pembangkang, maka PBS boleh menyuarakan masalah Nombor 1 Sabah yang tidak boleh diselesaikan sejak sekian lama?
Natijahnya, daerah Tenom semakin dibanjiri oleh Warga Pakistan yang berusia antara 20-an hingga 30-an yang langsung tidak boleh bertutur bahasa Melayu dan akhirnya mereka ini mendapat Mykad melalui sindiket tertentu.
Setelah mendapat Mykad, mereka mula membuka kedai perabot, kedai runcit, kedai pakaian dan sebagainya kerana pihak berkuasa tempatan membenarkan mereka berniaga dan diberikan lesen kerana status mereka kini Warganegara Malaysia!
Kini mereka mula mendominasi perniagaan di Tenom dan ramai daripada mereka berkahwin dengan warga tempatan untuk meneruskan kelangsungan generasi baru, Darah Keturunan Pakistan (DKP) yang akhirnya melakukan pembersihan etnik!.
No comments:
Post a Comment