Saudara Pengarang,
SAYA berbangga kerana menjadi salah seorang pemilik kereta buatan Malaysia, Perodua MyVi SE dan didaftarkan nombor plat SD 4481 E, namun kemalangan di kilometer 50, Jalan Matupang Ranau pada jam 4 petang, 9 Mei 2011 lalu telah mensirnakan kebanggaan saya selama ini.
Tidak tahu di mana silapnya, ketika kemalangan tersebut ‘Airbag’ kereta MyVi SE tidak keluar walaupun saya terlanggar tepat-tepat bahagian hadapan kereta itu, mujur saya tidak mengalami kecederaan serius.
Saya ada menghubungi ‘Careline’ Perodua, tetapi mereka kata airbag hanya keluar apabila berlaku hentakan tepat di bahagian hadapan kereta saya. Saya benar-benar bingung kerana anda boleh lihat sendiri bagaimana teruk hentakan kereta saya di dalam gambar yang disertakan.
Sekarang saya berasa was-was untuk mengunakan kereta tersebut yang saya beli dengan harga RM55,000 (dikatakan ‘Special Edition’) kerana dilengkapi dengan ‘Airbag’ tetapi kelihatannya langsung tidak berguna.
Kawan saya sempat berseloroh dengan mengatakan, “Kita padam (mati) dulu baru airbag terbuka!”. Benarkah begitu?
Sebagai pengguna dan peminat Perodua MyVi SE, saya merasa tertipu hidup-hidup dengan kereta yang saya beli itu. Semenjak saya beli kereta itu tersebut, saya tidak pernah ke Pusat Servis lain selain dari pusat servis produa di Lahad Datu.
Semoga Sabahkini.net dapat mengemukakan masalah saya bagi membolehkan Perodua tidak berdolak dalih dan bertanggung jawab terhadap keselamatan kenderaan keluaran mereka yang tidak ubah seperti ‘Kereta Mayat’.
Salam Hormat,
S GAZALY BIN AHMAD
harap pihak Perodua dapat menjelaskan berhubung perkara tersebut.
ReplyDeleteKereta buatan M'sia sering dikritik dari segi aspek keselamatan. Harap ambil perhatian akan komen2 yang diberi agar dapat meningkatkan mutu pembuatan kereta M'sia.
ReplyDeleteSememangnya memerlukan lagi banyak usaha untuk setanding dengan kereta keluaran negara lain.
ReplyDeleteTapi kita sebagai rakyat Malaysia harus memberikan semangat untuk teruskan usaha.
ReplyDeleteInilah yang sa benci sama barangan buatan Malaysia. Bikin sakit hati saja telampau banyak kekurangan.
ReplyDeleteSemoga hal ini diberi perhatian sewajarnya.
ReplyDeletekereta tempatan seharusnya mengutamakan kualiti mereka terutamanya dari aspek keselamatan.
ReplyDeletePerodua should make sure that their car is up to standards.
ReplyDeleteaspek keselamatan perlu sentiasa dititikberatkan.
ReplyDeleteNampaknya Produa perlu memberikan penjelasan kenapa airbag tidak boleh berfungsi masa itu. Jika kita lihat memang hentakkan kuat dari depan.
ReplyDeletekepada semua pengeluar2 kereta di negara ini jangan ambil jalan mudah dengan meletakkan tanggungjawab menguji tahap keselamatan kenderaan yang mereka keluarkan kepada pengguna...
ReplyDeletekereta tiada kualiti,masa beli mahal mau trade in punya la murah, cepat rosak kalau mau servis pun mahal apalagi mau tukar spare part murah lagi spare part kereta toyota ... itula kereta nasional buatan malaysia.
ReplyDeletenasib baik tidak ada kemalangan jiwa..
ReplyDeletemasa tu, awak pakai tali pinggang keledar ke tak? ape yg sy tau, airbag takkan berfungsi kalau kita tak pakai tali pinggang keledar.
ReplyDelete