Oleh : KREW SABAHKINI.NET
KHIDMAT kemasyarakatan oleh Che Siang Khor Moral Uplifting Society Sandakan, sentiasa diteruskan terutamanya, oleh Jawatankuasa Kecil Perubatan yang langsung tidak mengenal jemu dalam memberikan perkhidmatan kesihatan percuma kepada masyarakat di Sandakan, tidak kira umur, bangsa, agama, keturunan dan fahaman politik.
Melalui khidmat masyarakat yang akan dianjurkan pada kali ini, satu perkhidmatan kesihatan percuma akan diadakan di Tokong Che Siang Khor Moral Uplifting Society, Sandakan, Jalan Buli Sim-Sim pada 3 Julai 2011, dari pukul 8 pagi hingga 11 pagi.
Antara khidmat yang diberikan adalah ujian darah bagi mengetahui tahap gula di dalam darah, ujian darah bagi Asid Urik, tekanan darah dan khidmat kaunseling kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan.
Naib Pengerusi di dalam Jawatankuasa Kecil Kesihatan, Chang Shak Hung mengalu-alukan semua yang ingin mendapatkan perkhidmatan kesihatan percuma bolehlah berkunjung ke lokasi yang disebut dan dinasihatkan supaya tidak makan dan minum (kecuali air kosong) sekurang-kurangnya 8 jam sebelum ujian darah dijalankan.
khidmat kemasyarakatan seperti ini memang sangat baik untuk dijalankan. mereka yang ingin meminta ujian darah bolehla datang di tempat, masa dan tarikh yang telah ditetapkan.
ReplyDeleteSatu aktiviti yang baik dan harus menjadi contoh kepada golongan muda.
ReplyDeleteJangan pula dipolitikkan aktiviti seperti ini.
ReplyDeleteSatu usaha yang murni dan patut disokong. Penduduk sekitar yang berhampiran bolehlah memanfaatkan peluang ini.
ReplyDeleteUsaha yang baik dan patut diteruskan:)
ReplyDeleteSemoga perkara ini dijadikan contoh sekaligus mendapat sokongan penuh dari kalangan masyarakat.
ReplyDeletesatu aktiviti yang amat baik, golongan belia seharusnya mengkuti aktiviti yang murni ini.
ReplyDeleteThis is a good program.
ReplyDeleteaktiviti yang baik...ini patut dicontohi oleh pihak lain..
ReplyDeleteDiharap akan ada lagi pihak2 yang secara sukarela sudi membuat khidmat masyarakat.
ReplyDeleteSatu program yang baik untuk semua.
ReplyDeletekalau perkhidmatan kesihatan percuma ini dilaksanakan di semua daerah, pasti sambutannya amat menggalakkan..
ReplyDelete