Friday 1 July 2011

PENGHAPUSAN E-DIESEL BEBANKAN PENIAGA



Oleh : SHAIMON S JUMADI

TINDAKAN pihak kerajaan menghapuskan subsidi E-Diesel kepada pengusaha-pengusaha lori pengangkutan barang di Sabah kira-kira dua bulan lalu menyebabkan Persatuan Lori Pengangkutan Sabah (Sabah Lorry Transportation Association) telah bertindak drastik menaikan kadar caj kos pengangkutan kargo sebanyak 30 peratus berkuatkuasa pada 27 Mei lalu.

Para peniaga di daerah Sandakan, 90 peratus barangan niaga mereka yang dihantar dari Kota Kinabalu, Tawau dan tempat lain merungut kerana mereka rasa rugi dengan kadar kos pengangkutan yang dinaikkan, tetapi para peniaga tidak dibenarkan menaikan harga jualan mereka.

Sabahkini.Net dalam tinjauannya ke beberapa lokasi di Bandar Ramai-Ramai sempat menemui pemilik kedai Heng Shing Trading, Victor Chung menjelaskan pihak peniaga tidak boleh menyalahkan bulat-bulat kepada pihak Persatuan Lori Pengangkutan sebab ini semuanya berpunca daripada tindakan kerajaan yang menghapuskan subsidi E- Diesel kepada pengusaha-pengusaha lori berkenaan.

Kata Victor lagi, kalau pihak kerajaan sudah melarang para peniaga tidak boleh menaikkan harga jualan, mereka terpaksa akur dengan peraturan tersebut namun merintih dalam hati kerana menampung kos pengangkutan yang semakin tinggi.

“Kami tidak boleh bantah peraturan dan arahan kerajaan ini tetapi mungkin kita boleh balas dalam pilihanraya. Tidak ada guna kita lawan, hukuman ke atas kami terlalu berat. Harga transport naik, harga barang kami kekal. Macam mana mau berniaga kalau tiada untung?,” kata Victor lagi yang kesal dengan inflasi dan kos hidup yang semakin tinggi di Sabah.

14 comments:

  1. sepatutnya subsidi E-diesel tu tidak dihapuskan sepenuhnya. sekarang, para peniaga pun menjadi mangsa kenaikan harga diesel.

    ReplyDelete
  2. wajarkah Persatuan Lori Pengangkutan Sabah menaikkan caj kos pengangkutan kargo sehingga 30%?

    ReplyDelete
  3. Cara penyelesaian harus ada secepat mungkin. Beban ini hanya akan mengundang padah.

    ReplyDelete
  4. Inilah yang susah ni. Cubalah buat secara berperingkat tak jugalah menyusahkan tahap dewa. huhu

    ReplyDelete
  5. Pihak berkenaan harus melakukan sesuatu terhadap perkara ini. Jangan dibiarkan saja nanti bertambah banyak pula keluhan yang timbul.

    ReplyDelete
  6. This will impact almost everyone. Hope that the government will reconsider this.

    ReplyDelete
  7. subsidi itu tak harus dihapuskan, ia menaikkan caj kos pengangkutan dan ia memberi kesan kepada peniaga dan seterusnya kepada pengguna.

    ReplyDelete
  8. sebaiknya perbincangan dibuat bagi mencari penyeesaian terbaik..

    ReplyDelete
  9. Kalau semua naik tapi gaji itu2 juga, apa macam mahu sara hidup begini?

    ReplyDelete
  10. Kaji balik pasal kenaikan2 harga, subsidi2 ini semua. Tolong prihatin dengan kesusahan rakyat terutama yang berpendapatan kecil.

    ReplyDelete
  11. Ini pun bukan salah kerajaan juga. Tapi salah mereka yang menyeludup minyak keluar dari negara kita. Orang-orang inilah yang patut disalahkan. Sudah diberikan subsidi tapi menjual pula minyak dengan pihak luar. Jadi rakyat boleh fikir sendiri masalah ini.

    ReplyDelete
  12. memang semua akan terbeban tapi kita tidak pernah fikirkan tetang beban negara juga. PM cuba untuk menstabilkan negara kita dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil buat masa sekarang.

    ReplyDelete
  13. dengan harga RM1.80 seliter, mustahil pengusaha2 lori ini mengalami kerugian. bukannya kerajaan menghapuskan subsidi 100%. tidak ada kerajaan di dunia ini dengan sewenang2nya mengambil risiko menaikkan harga petrol dan diesel kalau bukan disebabkan trend harga minyak yang terus meningkat diperingkat global..

    ReplyDelete
  14. mungkin pendirian saya boleh berubah untuk menyokong parti pembangkang sekirannya ada mana2 antara mereka yang boleh memberikan jaminan bahawa harga minyak tidak akan naik selama2nya..

    ReplyDelete