PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyuarakan sokongan kepada konsep geran komunal hasil inisiatif kerajaan negeri Sabah kerana ia memberi jaminan masa depan kepada masyarakat luar bandar di Sabah.
Berucap pada program Juara Rakyat-1Malaysia Kemabong, Tenom 2011 di Padang Pekan Kemabong dekat sini pada Khamis, beliau berkata usaha itu akan membawa perubahan cukup bermakna dalam mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan atau kategori miskin tegar.
"Inilah yang nak saya katakan transformasi luar bandar. Bawa kepada perubahan cukup bermakna kepada masyarakat luar bandar.
"Saya amat menyokong konsep ini. Saya dimaklumkan semasa sarapan (di sini) tadi bahawa dalam tahun ke-empat, peserta akan dapat pendapatan lebih kurang RM1,100 sebulan setiap isi rumah.
"Cuba bayangkan, tidak payah pindah rumah dan keluarkan duit satu sen pun. Kalau rajin sikit bekerja dan usaha sampingan, mereka boleh dapat lebih. Pendapatan RM1,100 bererti mereka sudah melebihi (keluar daripada) paras kemiskinan selama-lamanya, bagi keluarga mereka," katanya.
Sempena lawatan beliau ke daerah kecil Kemabong, yang terletak di kawasan pedalaman daerah Tenom, Najib turut menyempurnakan upacara penyerahan geran komunal bagi kawasan Kabintaluan, Kemabong, kepada tiga wakil peserta.
Kawasan seluas 2,555 hektar itu melibatkan 601 peserta dari 13 kampung.
Selain Kabintaluan, terdapat tiga lagi kawasan lain di Tenom yang telah dikenal pasti untuk geran komunal, iaitu Mangkalias (Melalap) sebanyak 1,800 hektar melibatkan 437 peserta dari 12 kampung, Pengolobon 1 (900 hektar melibatkan 116 peserta dari sebuah kampung) dan Pengolobon 2 (190 hektar melibatkan 41 peserta dari sebuah kampung).
Najib berkata kerajaan persekutuan turut mengeluarkan RM30 juta untuk tujuan persempadanan geran komunal ini.
"Sebenarnya saya ingin melihat pembangunan seimbang di Malaysia, yakni di bandar kita majukan, tetapi jangan lupa di desa dan luar bandar.
"Sebab itu salah satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), termasuklah memastikan kemudahan-kemudahan asas dan pendapatan luar bandar meningkat. Selepas satu tahun setengah kita dapat lihat rekod peningkatan yang tertinggi dari segi pembangunan jalan raya, elektrik, bekalan air dan rumah-rumah di luar bandar," jelas beliau.
Dalam pada itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata setakat ini, beberapa geran komunal telah dikeluarkan di seluruh Sabah, termasuk di Salarom Taka (Nabawan) dan Lalampas (Tongod), dengan sokongan serta penglibatan penuh penduduk kampung.
Katanya inilah cara pemimpin Barisan Nasional berkhidmat untuk rakyat bagi memastikan golongan luar bandar dapat menikmati kehidupan lebih terjamin dan tidak lagi memikirkan tentang hal-hal pemilikan tanah untuk diwariskan di masa depan.(BERNAMA)
PM pun memberi reaksi positif terhadap geran komunal. bagaimana reaksi dan penerimaan penduduk setakat ini?
ReplyDeleteHarap rakyat dapat memahami apa positifnya geran ini untuk mereka.
ReplyDeleteBanyak aduan yang dilakukan oleh rakayt yang tidak memahami tujuan sebenarnya geran komunal ini. Harap selepas ini tidak akan ada lagi yang mengangap ianya hanya memberi kesan negatif kepada semua.
ReplyDeleteAda pihak yang mungkin ambil kesempatan untuk memainkan sentimen geran komunal ini. Bila rakyat tidak faham, mulalah memberi reaksi negatif.
ReplyDeleteAda pros dan cons juga geran komunal ni. Jadi terpulanglah pada individu untuk membuat penilaian.
ReplyDeleteAppaun, kita harapkan saja yang terbaik dalam hal ini.
ReplyDeletePMN sendiri menyokong geran komunal, geran komunal mmg baik kerana ia melindungi tanah2 penduduk.
ReplyDeleteAll the best.
ReplyDeletemelalui geran komunal tanah tidak boleh dijual dan ini baik bagi melindungi tanah-tanah penduduk.
ReplyDeleteDan harap2 memang tanah mereka ini nanti terlindung. Risau pula kalau tiba2 berlaku di sebaliknya.
ReplyDeleteSemoga rakyat sokong perkara yang terbaik untuk mereka. Kerajaan melakukan geral komunal ini ada sebab yang terbaik. Jadi harap rakyat memberikan sokongan yang posotif.
ReplyDeleteDengan adanya geran komunal ini pasti tanah itu selamat dari semua masalah. Masa hadapan tanah itu juga terjamin.
ReplyDeletesetakat ini ada yang suka dan ada juga yang tidak suka dengan kaedah geran komunal ini. pembangkang sepatutnya bersikap neutral dengan menjelaskan baik dan buruknya kaedah ini supaya mudah untuk rakyat membuat pertimbangan.
ReplyDelete