Saturday, 9 July 2011

SPR DERHAKA KEPADA AGONG, BUKAN BERSIH!

BUKTI....Cabutan ini diambil daripada Versi Semakan Pemilih secara On-Line dengan Daftar Pemilih di Laman Web SPR. Sila klik objek untuk penglihatan lebih jelas.

Oleh : MUTALIB M.D

SURUHANJAYA Pilihanraya (SPR) disifatkan telah ‘menderhaka’ kepada DYMM Yang dI Pertuan Agong kerana mencipta peluang kepada ‘BERSIH’ untuk menimbulkan lapan tuntutan kerana gagal memastikan Daftar Pemilih yang telah diwartakan benar-benar ‘BERSIH’ daripada penipuan, pemalsuan dan pemerdayaan.

Aktivis Masyarakat dan Hak Asasi Manusia, Datuk Patrick Sindu yang menemui Sabahkini.net di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur kelmarin menjelaskan bahawa SPR membuka ruang yang terlalu lebar kepada ‘BERSIH’ untuk mencampuri urusan pilihanraya di negara ini kerana Daftar Pemilih tidak sah digunakan untuk sebuah Negara Demokrasi Berperlembagaan seperti Malaysia.

Tindakan ‘BERSIH’ mengemukakan lapan tuntutan, kata Patrick, mungkin ada asasnya jika dibuat secara sistematik tanpa penglibatan pihak luar; namun dipolitikkan apabila mereka tidak menyerahkan ‘Memorandum 8 Perkara’ berkenaan ketika menghadap DYMM Yang Di Pertuan Agong; sebaliknya meneruskan agenda untuk ‘Memalukan Malaysia’ di mata negara yang telah mengupah mereka meneruskan agenda berkenaan.

“Dalam hal ini, saya tidak menyebelahi ‘BERSIH’ atau ‘SPR’ kerana ibarat kata pepatah, gajah sama gajah bersengketa, pelanduk mati di tengah-tengah,” ujar Patrick yang menarik perhatian sikap bebal SPR dan perangai degil ‘BERSIH’ menjadikan nama Malaysia dalam senarai menunggu untuk campurtangan asing, selepas Sudan dan Libya.

Menurut Patrick, rakyat Sabah, terutama Orang Asal, membenci SPR kerana bukan menjadi rahsia lagi di Sabah, bahawa Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) direkrut sebagai pemilih berdaftar, bukan sedikit; malah lebih 322,903 di antara 1992-1993 sehingga Barisan Nasional berjaya melaksanakan misi ‘Ops Gembleng’ pada 1994.

“Kini jumlah PATI yang memiliki MyKad di Sabah sudah melebihi 1.2 juta orang dan lebih daripada 500,000 telah didaftar sebagai pemilih berdaftar,” ujar Patrick yang mengakui Sabah kini menjadi ‘Fixed Deposit’ Barisan Nasional sampai bila-bila kerana jumlah ‘PATI’ semakin bertambah ramai.

Patrick memberikan contoh paling mudah untuk membuktikan benar atau tidak wujudnya ‘Pengundi Hantu’ dalam Daftar Pemilih yang telah diwartakan iaitu seorang PATI yang mendapat kad pengenalan Sabah bernombor H0489148 telah didaftarkan dua kali sebagai pemilih dengan menggunakan nombor MyKad yang berasingan tetapi mempunyai nombor kad pengenalan lama yang sama.

Kata Patrick, penipuan yang dilakukan SPR tidak professional kerana sekalipun boleh disambungkan terus dengan data Biometrik Jabatan Pendaftaran Negara, namun SPR masih menggunakan kaedah manual untuk mendaftar pemilih.

Tindakan SPR mendaftar PATI, Abdullah Bin Omar yang lahir pada 20 September 1956 menggunakan nombor MyKad 560920125283/H0489148 di Pusat Mengundi 105/33/04-Seksyen 4 Petaling Jaya (Dun Medan), Selangor telah menyebabkan ‘BERSIH’ menghukum SPR menipu dalam pilihanraya.

Penipuan tersebut amat jelas kerana Abdullah Bin Omar didaftarkan sekali lagi sebagai ‘Pengundi Hantu’ menggunakan nombor MyKad palsu 560920125689 tetapi menggunakan nombor kad pengenalan lama yang sama iaitu H0489148 di Pusat Mengundi 105/33/08 - Medan Pejasa, Petaling Jaya Selatan, Selangor.

Nombor kad pengenalan lama Sabah yang digunakan Abdullah Bin Omar iaitu H0489148, kata Patrick, adalah Nombor Rahsia Ops Gembleng iaitu salah satu daripada 322,903 kad pengenalan yang bernombor siri H0288001 hingga H0384000; H0480001 hingga H0576000; H0609601 hingga H0610000; H0658001 hingga H0658200; H0658401 hingga H0659000 dan H0666001 hingga H0666400.

Abdullah Omar adalah salah seorang daripada lebih 1.1 juta PATI yang telah mendapat MyKad/MyKid projek kini telah berpindah dan menetap di seluruh Malaysia; terutama Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

Selain daripada contoh ‘Pengundi Hantu’ berkenaan kata Patrick, SPR gagal membersihkan nama 1,538 pengundi berdaftar di Perak berumur lebih dari 100 tahun ke atas sedangkan mengikut Banci Penduduk 2010, penduduk yang berusia 95 tahun ke atas di Perak ialah 1,039 orang.

Tetapi kata Patrick, tidak mungkin ada pemilih yang berusia 114 tahun ke atas kerana mengikut rekod Guinness Books Of World Records, Wanita tertua di dunia ialah Maria Gomes Valentim daripada Brazil berusia 114 tahun dan lelaki tertua di dunia ialah Jirouemon Kimura, juga berusia 114 tahun.

“Tetapi memang agak menakjubkan kerana kita begitu mudah mencari pemilih yang berusia lebih daripada 132 tahun dalam Daftar Pemilih yang telah diwartakan dan akan diguna pakai dalam pilihanraya umum ke 13,” kata Patrick dengan nada sinis.

Menurut Patrick, hasil daripada carian beliau, belrikut antara pemilih antik dalam Daftar Pemilih di Negeri Perak yang telah diwartakan;

01)WONG SENG (132 tahun-Perempuan) yang memegang MyKad 790610740022/ 1448642 dan dilahirkan pada 10 Jun 1879

02)NAZMI BINTI HARUN (131 tahun-Perempuan) yang memegang MyKad 800501030028/A0993271 dan dilahirkan pada 01 Mei 1880;

03)KONG KEW KEE (126 tahun-Lelaki) yang memegang MyKad 850608740017/ 1453245 dan dilahirkan pada 8 Jun 1885;

04)NG KHOA (126 tahun-Perempuan) yang memegang MyKad 850710740048/ 3498040 dan dilahirkan pada 10 Julai 1885;

05)NG AH KOW (125 tahun-Lelaki) yang memegang MyKad 450826085273/0592818 dan dilahirkan pada 14 April 1886;

06)WONG PIN (123 tahun-Lelaki) yang memegang MyKad 881003740059/0439199 dan dilahirkan pada 3 Oktober 1888;

07)MOHAMAD BIN HAJI MOHD NOR (123 tahun-Lelaki) yang memegang MyKad 881112610069/2106517 dan dilahirkan pada 12 November 1888;

08)HAJI HALIJAH BINTI ENDUT (118 tahun-Perempuan) yang memegang MyKad 931116080010/2587063 yang dilahirkan pada 16 November 1893.

20 comments:

  1. SPR dan BERSIH hiprokrit. Masing2 hiprokrit. SPR = Suruhanjaya Penipu Rakyat/Suruhanjaya Penerima Rasuah. BERSIH = 'Bersih'. Kedua-duanya ada agenda tersendiri. Tidak boleh percaya sangat. Betul kata Patrick Sindu, gajah sama gajah bersengketa, pelanduk mati di tengah-tengah.

    ReplyDelete
  2. Masing2 dengan agenda masing2. Siapa yang merana? rakyat yang inginkan pembelaan. Siapa yang ketawa puas hati???

    ReplyDelete
  3. Some cleaning & major overhaul need to be done on SPR la, in & out...

    ReplyDelete
  4. apa tindakan SPR berhubung pemilih antik ni? SPR diam2 ja ke?

    ReplyDelete
  5. pekara ini perlu diberikan perhatian dan langkah yang sewajarnya perlu diambil.

    ReplyDelete
  6. Selagi ada yang memberi dan menerima rasuah, keadilan sukar dicapai. Jika SPR benar2 adil, buktikan kerana Bersih akan sentiasa mencari peluang untuk meneruskan propagandanya.

    ReplyDelete
  7. Terpulanglah pada rakyat untuk membuat penilaian terhadap perkara ini. Saya cuma harap rakyat tidak tersalah nilai :)

    ReplyDelete
  8. Apapun, saya harap hal ini dapat ditanggani dengan baik demi keharmonian negara.

    ReplyDelete
  9. Memang sukar nak menuntut keadilan jika ada pihak yang masih mempunyai motif tersendiri. Rakyat juga yang sengsara.

    ReplyDelete
  10. SPR cakap BERSIH yang salah, BERSIH cakap SPR yang salah...

    ReplyDelete
  11. kalau di sabah, memang ramai PATi yang sudah diberikan kewarganegaraan dan didaftar sebagai pengundi melalui pintu belakang.. pasal tu lah, RCI harus ditubuhkan.

    ReplyDelete
  12. kalau SPR tidak menjalankan tugasnya dengan amanah dan bersih, maka ianya adalah satu penderhakaan kepada DYMM YDPA dan pengkhianatan kepada negara.

    ReplyDelete
  13. kalau benarlah dakwaan ini, apakah tindakan SPR selanjutnya?

    ReplyDelete
  14. Sudah terbukti diSabah kewujudan pengundi orang asing...hantu...undi pos yg meragukan...perlu dilaknatkan juga SPR ni..

    ReplyDelete
  15. SPR must do what is right. How long will they want to live in a lie???

    ReplyDelete
  16. for once, let the next election be fair and clean!

    ReplyDelete
  17. SPR kena pastikan pilihanraya yang dijalankan benar2 bersih.

    ReplyDelete
  18. Memang pelbagai pihak akan mencari sesuatu untuk memburukkan SPR kerana dengan cara ini saja mereka dapat memastikan rakyat mempercayai pembangkang. Tapi rakyat sendiri pasti tahu apa yang terbaik untuk mereka.

    ReplyDelete
  19. patutnya di Malaysia ramai yang layak menerima gelaran the Guinness Books Of World Records.. cuba SPR buktikan bahawa individu2 ini benar2 wujud..

    ReplyDelete
  20. Maybe we should just wait and see what the Agong will do about this.

    ReplyDelete