MEMANG
sudah dijangka, habuan bantuan BR1M yang bernilai RM500 bagi rakyat yang
berpendapatan di bawah RM3000 di Sabah akan terus 'tercemar' dengan pelbagai
skandal dan kes yang mencurigakan.
Daripada
sistem pengagehan yang tidak 'mesra' rakyat kerana rakyat dibiarkan beratur
berjam-jam dan malah ada yang terpaksa menunggu dua hari untuk memperolehi Baucer
BR1M itu; ada juga kes yang lebih besar di Sabah iaitu ada rakyat asing yang
mendapat bantuan tersebut.
Di
Tenom sudah ada kes seumpama itu. Kehadiran seorang warga asing berbangsa
Pakistan pada 19 Januari lepas di Dewan Masyarakat Seri Antenom, untuk menerima
Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) menimbulkan keresahan ratusan penerima
tempatan.
“Kenapa
dia berada di sini,” demikian rata-rata persoalan yang mendorong siasatan
dilakukan oleh pasukan keselamatan daerah itu.
Bagaimanapun
beliau dibenarkan berbaris selepas menunjukkan MyKad, yang nilainya sama
seperti yang dimiliki oleh rakyat tempatan.
Sekumpulan
pemimpin tempatan berbisik tidak jauh daripada lokasi itu yang kedengaran
berkata; “Apa sudah jadi dengan negeri kita?”
Aktiviti
penerima bantuan ini ialah penjaja kain ke kampung-kampung serta ais krim di
Tenom, yang asalnya berada di daerah itu sebagai pelawat (memiliki visa
pelancong).
Di
Keningau keadaan serupa terjadi apabila ratusan warga asing yang memiliki MyKad
berduyun-duyun untuk menerima bantuan itu.
No comments:
Post a Comment