SIDANG
MEDIA….Gambar ini dirakam sejurus selepas mengadakan sidang akhbar kelihatan
Aisah (Purdah) bersama pewaris tanah tersebut.
Oleh : SHAIMON S JUMADI
PEGUAMCARA Aisah Ahmad dari
Tetuan Aisah & Co yang dilantik oleh 400 orang pemilik tanah sebagai
penasihat kes tuntutan tanah di Sungei Koyah A Fasa I, II dan III Kinabatangan
sudahpun merujuk isu berkenaan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah
(JTU), Datuk Hj Osman Jamal.
Kata Aisah, agak
mengejutkannya kerana JTU mengesahkan bahawa tanah tersebut milik Kerajaan
Negeri Sabah dan bercanggah dengan kenyataan wakil Bagusmaju Berhad sewaktu
perjumpaan bersama SUHAKAM pada 16 Jun lepas iaitu mereka telah membeli tanah
berkenaan.
Oleh itu, kata Aisah,
dakwaan pelbagai pihak sebelum ini bahawa terdapat usaha sama antara 400
pemilik geran dengan Bagus Maju Berhad untuk projek penanaman kelapa sawit
adalah tidak tepat dan mengelirukan.
"Datuk Osman Jamal turut
mengesahkan bahawa syarikat berkenaan tidak membangunkan tanah tersebut. Persoalannya,
siapakah yang membuka tanah seluas 6,000 ekar dan meraih hasil kayu balak dan
kelapa sawit sejak 15 tahun yang lalu sehingga kini?," tanya Aisah yang
membingungkan para pemilik tanah yang hadir.
Tegas Aisah dalam sidang
media eksklusif dengan Sabahkini.net, Syarikat Kwantas Corporation Bhd (syarikat
sekutu Bagus Maju Berhad) yang turut membina kilang memproses sawit di dalam
tanah tersebut dan individu yang mengguna Sijil Anak Negeri Palsu, Kwan Ngen
Wah yang menjadi pengarah di dalam Syarikat Bagusmaju Bhd dan Fordeco turut terlibat
dengan kes penipuan pembatalan tanah bergeran kepada pemilik Koyah A Kinabatangan.
Tambah Aisah lagi, seorang
pegawai bernama Saufi, wakil JTU mengesahkan terdapat lima (5) Power Of
Attorney atau Surat Kuasa Wakil dibuat oleh Abdullah Japar dan Asiah Binti
Tarandan bersama para pemilik dan Substitution Power of Attorney di antara
Abdullah dan Asiah Tarandan kepada Bagusmaju Bhd; masing-masing bertarikh
antara tahun 1995/1996 didaftarkan pada tahun 1977 di Mahkamah Majistret Lahad
Datu dan semua PA di saksikan oleh Ismail Tarandan.
Kata Aisah lagi, menurut Osman
Jamal pula, pihaknya masih menunggu Perjanjian Saham (Share of Agreement)
dikemukakan oleh syarikat Bagus Maju Berhad, namun sehingga kini belum ada
sebarang perjanjian dikemukakan.
Persoalannya tambah Aisah,
kenapakah pihak syarikat mengambil masa yang begitu lama mengemukakan
perjanjian Saham tersebut iaitu sejak tahun 1998 sehingga kini? Mengapa pihak
JTU masih memberi masa dan menunggu pihak syarikat terbabit mengemukakan
perjanjian tersebut?
"Dalam perkara ini,
saya yang dilantik oleh 400 pemilik Tanah tersebut untuk mengendalikan kes
tanah ini meminta pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat tindak tanduk Pengarah Jabatan
Tanah dan Ukur Negeri dan kuncu-kuncunya," tegas Aisah yang mendesak agak
Osman Jamal menjalankan tugas sebagai pegawai awam.
Bagaimanapun kata Aisah,
sebagai Penasihat Undang-Undang yang mengendalikan kes tanah berkenaan, beliau
mendesak agar Osman Jamal membatalkan semua permohonan yang dibuat oleh
Abdullah Japar yang kini bertugas di Jabatan Ketua Menteri (Unit Pemimpin
Kemajuan Rakyat-UPKR) sebagai Pemaju Mukim kawasan Sukau kerana telah disahkan
melalui satu penipuan yang terancang.
Oleh itu, kata Aisah, segala
transaksi selepas perjanjian Saham, malah kelulusan pihak Setiausaha Hasil Bumi
kepada syarikat tersebut adalah terbatal
dengan serta merta.
“Saya sebagai Peguambela
Peguamcara bagi pihak dan pewaris-pewaris tanah berharap pihak JTU meneliti
aduan dan bukti-bukti tuntutan kes tanah Koyah A serta memberi maklum balas
bertulis dalam tempoh 14 hari seperti yang dinyatakan di dalam surat saya bertarikh
12 November 2012,” ujarnya.
hi..boleh saya tahu berkenaan status tanah dan pernama yang berkenaan,
ReplyDelete