Oleh : THE UNSPINNERS
KEBANYAKAN penulis buku
politik hanya tahu menganalisa politik dan melihat politik dari sudut seni dan
selalunya konspirasi politik dari sains politik. Pemahaman mereka tentang
intipati dan teknikaliti pentadbiran, pengurusan ekonomi, perancangan bajet,
formulasi polisi dan implementasi sering lemah sekali.
Ini ternyata dapat dilihat
dalam Debat Wacana Antara Bajet Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat "'Kesannya
Kepada Rakyat' antara Wakil Rakyat Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Wakil
Rakyat 'Angan-Angan' PKR, Musli Oli di Tingkat 6, Palace Ballroom, Palace Hotel,
Kota Kinabalu, Sabah.
Musli Oli ternyata jauh
ketinggalan dalam pengetahuannya mengenai isu yang dibincangkan. Pemerhati
melihatnya sebagai tiada fakta dan tidak menjawab persoalan yang ditimbulkan.
Selain itu, dia kelihatan lari dari fakta debat.
Dalam debat itu, Rahman
menjelaskan bahawa BN serius dalam membasmi kemiskinan dan bajet ini begitu
menyeluruh bantu membasmi kemiskinan.
Berhubung hal kemiskinan,
Rahman berkata punca kemiskinan juga ada kalanya disebabkan sikap malas atau
segan rakyat untuk mengejar peluang.
Sebab utama terletak pada
keadaan mukabumi Sabah dan kedudukan penduduk yang berselerak. Dalam hal ini,
kerajaan telah membuat sistem berkelompok dalam segala projek kini dan ini
ternyata berjaya.
Pada Rahman, kemiskinan
bukan hanya masalah di Sabah bagi menepis usaha kumpulan seperti Musli; yang
mahu memainkan sentimen rakyat Sabah diketepikan, khususnya oleh kerajaan persekutuan.
Kemiskinan adalah masalah global dan negara maju pun ada kadar kemiskinan
setinggi 10%-15%.
Musli Oli tidak menawarkan
fakta atau data untuk menangkis Rahman tapi hanya membandingkan kemiskinan
rakyat di Sabah dan negeri-negeri di Semenanjung serta kadar gaji swasta di
Sabah masih rendah.
Tiada sebab dapat
dipersembahkan dan jauh sekali cara penyelesaian seperti yang bisa
diketengahkan Rahman.
Masuk pusingan ke dua,
Rahman menjelaskan dengan mudah bahawa gaji berada di peringkat minima kerana
majikan di Sabah tidak mampu membayar gaji tinggi akibat perolehan yang tidak
tinggi.
Susah tentu tiada kerajaan
dalam dunia boleh diharapkan untuk menampung perolehan rendah mana-mana
syarikat. Buku Jingga yang diunjurkan Pakatan Rakyat supaya gaji minima
dilaksanakan tidak lojik dan hanya janji kosong.
Pembangkang hanya gunakan
kemiskinan untuk isu politik tetapi kerajaan pemerintah yang ada sekarang
mengusahakan untuk membasmi kemiskinan secara terus menerus.
Sebagaimana dalam pusingan
sebelum ini, Musli Oli tidak menjawab dengan fakta tetapi hanya mengecilkan dan
mengkritik Rahman.
Katanya, Wawasan 2020 tidak
tercapai sekiranya Pakatan Rakyat menjadi kerajaan kerana hutang negara
mencecah RM 844 billion. Dari mana dia dapat angka itu? Dari puncak Gunung
Kinabalu barangkali? Sebelum ini, angka lain dan lebih rendah yang dihujahkan
pemimpin PR.
Musli kata dasar kerajaan
hanya untuk gula-gulakan rakyat dengan menurunkan harga barang. Jika kerajaan
benar mahu selesaikan kemiskinan, eloklah kerajaan turunkan harga kereta. Jika
PR memerintah, mereka mahu hapuskan cukai eksais.
Baguslah itu. Banyaklah
kereta import melanda negara dan banyaklah wang negara mengalir keluar.
Akhirnya akan ada masalah kredit perbankan dan semua barang akan naik harga.
Mana Musli Oli belajar ekonomi? Fakulti ekonomi di The Mall dan 'Coffeeshop'
hotel barangkali?
Musli menambah untuk
menuntut kerajaan rendahkan Dasar Cabotage yang mana pihak pembangkang di Sabah
memudahkan cerita dengan kata semua kapal dikehendaki berlabuh ke Port Klang
sebelum boleh kembali ke punggahkan barang di Sabah.
Rahman menjawab Dasar Cabotage
menggalakkan perusahaan perkapalan di Malaysia dan mengurangkan pergantungan
kepada syarikat kapal luar negara.
Jelasnya lagi, Cabotage
bukan penyebab harga barang naik, tetapi disebabkan kos lain, pengakutan darat,
rangkaian dan faktor lain. Musli tiada fakta untuk menyokong tuduhan dan
kesimpulannya. Biasalah penulis politik
berdasarkan teori konspirasi.
Berkenaan hal harga kereta,
Rahman menjawab dengan mudah. Harga kereta di Malaysia masih antara yang
terrendah di Asia Tenggara.
Musli Oli masih dengan isu
Cabotage, tetapi hujahnya hanya untuk melindungi kroni. Pasti dia tidak boleh
namakan siapa kroni dan kroni pada siapa dan bagaimana salahlaku kuasa bantu
kroni untuk menyokong tuduhan melulunya.
Pada pandangan penulis
konspirasi politik, pelabuhan Sabah patut jadi hub. Entah dia fahamkah apa itu
hub dan kepada mana dia nak hubkan pelabuhan Sabah? Adakah Sabah pelabuhan yang
dalam dan terlindung?
Musli Oli menyarankan ramai
belia berhijrah ke Semenanjung kerana masalah pengangguran di Sabah telah
meningkat. Dia cuba mengaitkan isu dengan hal RM40 juta yang pembangkang
mainkan sebagai "Wang Rasuah Musa Aman".
Kemudian dia timbulkan pula
isu KKIP yang mana rakyat dibayar 30 sen, tapi kerajaan kerajaan jual pada
harga RM12.
Akhirnya dia merungut pula
menganai Sabah tiada pelaburan asing. Ini
mudah Rahman jawab dengan menjelaskan bahawa Sabah sedang bangunkan
industri pelancongan dan kelapa sawit.
Musli mungkin tidak sedar
pembangunan industri tersebut kerana dia ingat mudah untuk Sabah ubah dari
industri 'extraction' sumber kepada pelaburan dalam 'high technology' dan boleh
hantar rocket ke angkasa lepas.
Dia tidak menyedari rakyat
Sabah pun tidak cukup untuk memenuhi kesemua kekosongan dalam Universiti
Malaysia Sabah. Pelaburan asing memakan masa dan perlu ada keutamaan kompetetif.
Penulis politik mana faham model Porter berkenaan "Competitive Advantage
of Nation."
Berkenaan isu RM40 juta yang
cuba digembar-gemburkan pembangkang sebagai duit UMNO Sabah, Rahman jelaskan
bahawa Mahkamah Hong Kong dan ICAC telah menjelaskan tiada asas rasuah. ICAC
Hong Kong terkenal dalam usaha membenteras rasuah dalam dunia.
Nampaknya dunia konspirasi
politik Musli Oli baru disentak dengan kesedaran realiti. Dia pun ingat
kelentongnya tidak diketahui orang. Politiknya di Kota Belud yang main hentam
orang sahaja. Kelentongnya yang konon berjumpa dengan orang tertentu.
Jangan ingat orang tidak
tahu motifnya untuk lompat ke PKR!
No comments:
Post a Comment