Friday, 17 May 2013

MUNGKIN NAJIB TIDAK BACA LAPORAN AUDIT?






Oleh : AHMAD ZAKARIA

TINDAKAN Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melantik Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dijangka akan mengganggu pelan Transformasi Negara kerana pencapaian buruk KKLW dalam Program NKRA sebagaimana yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Mungkinkah Najib tidak pernah membaca Laporan Audit atau Pegawai Kanan Najib tidak menasihati beliau berhubung pencapaian buruk Shafie berhubung Projek Agropolitan Di Bawah Program Lonjakan Mega Luar Bandar Sabah dan Projek Membina Dan Menaik Taraf Jalan Luar Bandar Di Negeri Sarawak.

Mengikut Laporan Audit 2011, Jabatan Audit Negara mendapati secara
keseluruhannya projek membina dan menaik taraf jalan luar bandar di Negeri Sarawak adalah kurang memuaskan.

Terdapat beberapa kelemahan yang ditemui seperti berikut:

i. Prestasi pelaksanaan projek adalah kurang memuaskan kerana daripada 101 projek bernilai RM437.57 juta yang telah disiapkan, sebanyak 38 projek (37.6%) bernilai RM178.94 juta telah mengalami kelewatan antara 15 hingga 242 hari daripada jadual asal;

ii. Sebanyak 13 projek (17.6%) bernilai RM229.27 juta daripada 74 projek yang sedang dilaksanakan merupakan projek sakit kerana telah lewat jadual melebihi 20%;

iii. pembinaan jalan tidak menepati spesifikasi kontrak; dan

iv. ketidakpuasan pelanggan daripada maklum balas pelanggan terhadap kualiti pembinaan jalan, keselamatan dan keselesaan jalan.

Laporan lengkap boleh dilihat di muka Surat 254 hingga 265 LAPORAN AUDIT 2011.


Begitu juga dengan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar dan Projek Bekalan Air Luar Bandar yang gagal mencapai sasaran; projek ada tetapi elektrik dan air tiada? Ketua Audit Negara kini sedang menjalankan siasatan berhubung isu bekalan air di Sabah.


Saksikan Videoklip Terhebat daripada 'RAJA LAWAK' ini.

Jika projek jalan luar bandar di Sarawak gagal dilaksanakan dengan jayanya; bagaimana pula dengan projek jalanraya di Sabah?

Saksikan VIDEOKLIP KHAS ini.

Dengan perlantikan semula Shafie, hasrat rakyat Sabah dan Sarawak untuk menikmati jalanraya yang lebih baik di luar bandar hanya mimpi di siang hari; sinonim dengan Manifesto Pakatan Rakyat yang bukannya Janji DiTepati!

Tahniah Shafie; Takziah rakyat Sabah!

47 comments:

  1. Sehingga 31 Disember lalu, sepanjang 3,349.59 kilometer Jalan Asas Luar Bandar (JALB) seluruh negara dibina oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melalui inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Infrastruktur Asas Luar Bandar. Satu pencapaian yang baik bagi Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tambahan lagi, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pencapaian itu melepasi sasaran yang ditetapkan iaitu pembinaan sepanjang 3,006.95 kilometer JALB bagi tahun 2010 hingga akhir 2012.

      Delete
    2. Selain itu, beliau berkata, pihaknya melalui NKRA itu turut memfokuskan kepada Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan Program Bantuan Rumah (PBR).

      Delete
    3. BELB, sasarannya 91,636 buah rumah dan pencapaian adalah 93,743 buah ruma, PBR, sasarannya adalah sebanyak 40,337 buah rumah bina baharu/baik pulih dan yang dicapai sebanyak 50,041 buah rumah bina baharu/baik pulih. Ini menunjukkan pencapaian mereka telah melepasi sasaran yang mana adalah elbih baik.

      Delete
  2. Selain daripada itu Dauk Seri Mohd Shafie Apdal juga mengatakan Parti-parti pembangkang jangan membuang masa menganjurkan perhimpunan haram sebaliknya fokus kepada usaha menunaikan segala janji dibuat di negeri yang dimenangi mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, tindakan menganjurkan perhimpunan haram hanya akan membantutkan matlamat memajukan negara.

      Delete
    2. Ini kerana katanya, pembangkang telah berjanji untuk membawa pembangunan seperti membina sekolah dan jalan raya meskipun tanpa bantuan UMNO atau kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam kempen-kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu. Ini jelas menunjukkan keikhlasan kerajaan membantu rakyat khususnya yang pedalaman.

      Delete
    3. Mungkin ada cara lebih baik untuk bersuara.

      Delete
  3. Dalam pada itu, Mohd. Shafie berkata, masyarakat luar bandar akan terus dibangunkan melalui peningkatan prasarana asas, diadun dengan kegiatan ekonomi yang berupaya mewujudkan peluang pekerjaan khasnya untuk golongan belia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selain Sabah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)juga banyak meneruskan pembangunan di Sabah dan Sarawk di sebabkan berbanding semenanjung masih banyak lagi yang perlu di majukan bagi menyamaratakan pembangunan seluuh negara.

      Delete
    2. Dengan lebih banyak lagi menteri Sabah di Kabinat pada masa sekarang kemajuan di pedalaman serta amsalah-masalah lain boleh ditangani dengan penglibatan lansung menteri sabah di kabinet Negara.

      Delete
  4. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi tempoh tiga tahun dalam usaha membangunkan infrastruktur asas luar bandar di seluruh negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembangunan infra luar bandar harus diutamakan. Taraf kehidupan harus diperbaiki lagi.

      Delete
  5. Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata sejak NKRA dilaksanakan pada 2010, kementeriannya mengenal pasti empat kategori utama yang perlu diberi perhatian iaitu Jalan Luar Bandar, Bekalan Air Luar Bandar, Bekalan Elektrik Luar Bandar dan Program Bantuan Rumah.

    ReplyDelete
  6. "Walaupun ada beberapa cabaran yang kita lalui untuk membangunkan kawasan luar bandar dalam bentuk fizikal, tetapi kita berupaya untuk menyediakan berbagai-bagai kemudahan di bawah NKRA seperti kemudahan elektrik dengan pelbagai kaedah," katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bekalan elektrik tidak harus ada masalah lagi.

      Delete
  7. Mohd Shafie berkata, berdasarkan statistik terkini NKRA dari 2010 hingga November tahun 2012, kementeriannya berjaya menyambungkan bekalan air bersih dengan penggunaan teknologi baharu penapisan air kepada 238,597 buah rumah di seluruh negara.

    ReplyDelete
  8. "Kita juga sudah berjaya menyiapkan jalan sepanjang 3,128.39 kilometer di bawah Program Jalan Luar Bandar dan menerusi Program Bekalan Elektrik Luar Bandar kita berjaya membekalkan elektrik 24 jam kepada 87,872 rumah.

    ReplyDelete
  9. "Kita ada sediakan kuasa solar iaitu menggunakan teknologi baharu di sesetengah tempat... kita juga berjaya membina dan membaik pulih 46,969 buah rumah di Sabah, Sarawak dan Semenanjung," katanya.

    ReplyDelete
  10. Di samping itu beliau berkata, pembangunan modal insan masyarakat luar bandar turut tidak diketepikan yang mana pelbagai kursus dan kemahiran disediakan agensi di bawah kementeriannya untuk kemudahan golongan berkenaan.

    ReplyDelete
  11. "Kita juga sentiasa berusaha macam mana untuk memperkasakan modal insan penduduk luar bandar. Kita mempunyai RISDA, FELCRA, KESEDAR dan agensi-agensi seperti MARA yang juga berperanan untuk memberi kursus dan latihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belia harus membaiki diri untuk meningkatkan lagi daya bersaing.

      Delete
  12. "Ada KEMAS untuk kanak-kanak pra sekolah... ada biasiswa manakala bagi bidang pertanian kita ada Kolej RISDA di samping skim pinjaman perniagaan yang juga kita ada sediakan."

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usaha kerajaan untuk membantu golongan yang memerlukannya amat dihargai.

      Delete
  13. Program travelog 'Apa Khabar Orang Kampung' itu adalah kesinambungan usahasama KKLW dengan Media Prima dan TV3 selepas program 'Kampung Kita'. 'Apa Khabar Orang Kampung' yang mempunyai 13 episod itu akan mula disiarkan pada 21 Disember ini setiap Jumaat jam 6 petang selama 30 minit dan dihoskan penyampai berita TV3, Azwaliza Azman.

    ReplyDelete
  14. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan merangka program yang lebih berkesan bagi membanyakan aktiviti ekonomi dan meningkatkan peluang pekerjaan untuk masyarakat luar bandar.

    ReplyDelete
  15. Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata melalui pendekatan itu masyarakat luar bandar terutama golongan belia akan mendapat peluang pekerjaan tanpa perlu berhijrah ke kawasan bandar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tindakan ini bijak agar belia tidak perlu tinggalkkan keluarganya dan pergi tempat lain untuk mencari nafkah.

      Delete
  16. Kita akan merangka bagaimana untuk memastikan supaya program penyediaan peluang-peluang pekerjaan dan kegiatan ekonomi di kawasan luar bandar dapat diperbanyakkan. Jadi masyarakat luar bandar tidak perlu berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan.

    ReplyDelete
  17. Apabila ini kita dapat sediakan, kita bukan sahaja dapat menyelaraskan kehendak masyarakat, tetapi sekaligus membangunkan kawasan luar bandar. Ini adalah sebahagian daripada kerangka yang kita akan susun-atur dalam tempoh terdekat," katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembangunan kawasan bandar harus diutamakan, taraf kehidupan jauh lebih beza berbanding di bandar.

      Delete
  18. Menurut beliau, jika penggal lepas, kementeriannya banyak memberi tumpuan kepada pembinaan dan penyediaan kemudahan asas kawasan luar bandar, tetapi pada penggal ini tumpuan turut diberikan kepada peningkatan kegiatan ekonomi luar bandar.

    ReplyDelete
  19. Kita akan terus memberi tumpuan kepada penyediaan kemudahan asas atau prasarana luar bandar, namun kita akan adunkannya dengan pelbagai kegiatan ekonomi membabitkan belia, pembangunan belia luar bandar, penglibatan belia dalam pertanian, perniagaan dan keusahawanan,

    ReplyDelete
  20. Shafie berkata kerangka program berkenaan akan disusun-atur sebaik-baiknya termasuk membuat penyelarasan dengan kementerian dan agensi lain bagi mengelak pertindihan seterusnya memastikan sistem penyampaiannya kepada golongan sasar lebih berkesan.

    ReplyDelete
  21. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) berjaya melepasi sasaran bagi rancangan pelaksanaan projek pembangunan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk menyediakan Infrastruktur Asas Luar Bandar di seluruh negara. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, projek membabitkan pembinaan jalan raya, pembekalan air bersih, kemudahan elektrik dan pembinaan bantuan rumah berjaya dilaksanakan untuk tempoh tahun 2011.


    ReplyDelete
  22. KKLW berjaya membina jalan sepanjang 727.33 kilometer (km) sehingga November lepas(2011), meliputi 254.62 bagi negeri Sabah, 156.36 Sarawak dan 316.35 jalan di Semenanjung Malaysia.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Sistem infra masih tidak memuaskan.

      Delete
  23. Pembinaan jalan raya itu satu pencapaian memberangsangkan dan melepasi sasaran awal iaitu 663.91 km untuk mencapai sasaran menyiapkan 905.12 km jalan termasuk di seluruh negara dalam tempoh tahun 2011.

    ReplyDelete
  24. Menyentuh bekalan air luar bandar, katanya, kementerian berjaya menyediakan bekalan air kepada 46,285 buah rumah di seluruh negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usaha ini amat dihargai. Semoga bekalan air dan elektrik sentiasa mencukupi.

      Delete
  25. Beliau berkata, daripada jumlah itu sebanyak 13,530 rumah untuk Sabah, 14,316 bagi negeri Sarawak dan 18,439 lagi rumah di Semenanjung Malaysia untuk mencapai sasaran keseluruhan 58,087 buah rumah pada tahun ini.(2011)


    ReplyDelete
  26. “Lain-lain kemudahan infrastruktur luar bandar yang terdapat dalam NKRA kementerian seperti bekalan elektrik,dan membaik pulih rumah rosak yang sedang giat dilaksana untuk memastikan ia berjalan lancar bagi memastikan kemudahan berkenaan disediakan pada tahun ini,” tambahnya.

    ReplyDelete
  27. Mohd Shafie berkata, kementerian meletakkan sasaran untuk menyediakan bekalan elektrik kepada 26,882 buah rumah di seluruh negara.

    “Kementerian sudah berjaya melengkapkan 21,023 buah rumah dengan kemudahan elektrik membabitkan 4,082 (Sabah), 12,054 (Sarawak) dan 4,887 rumah di Semenanjung Malaysia.

    ReplyDelete
  28. “Manakala bagi pembinaan bantuan rumah pula kementerian menyasarkan untuk membinan sejumlah 9,146 buah rumah di negara ini tahun ini,” katanya.

    ReplyDelete
  29. Beliau memberitahu sehingga 30 November lepas (2011)kementeriannya berjaya membina sebanyak 9,885 buah rumah, melepasi sasaran awal 7,120 buah rumah.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak lama lagi, semua orang berhak memiliki sebiji rumah.

      Delete
  30. Jumlah berkenaan, katanya, melibatkan 4,282 di Semenanjung Malaysia, 2,865 di Sarawak dan 2,738 rumah di Sabah.


    ReplyDelete