MENJIJIKAN...Longgokan
sampah berhampiran Giant tidak dikutip oleh MDS dan dibiarkan sahaja oleh ADUN.
Oleh:SHAIMON S JUMADI Foto: SAFFIE S JUMADI
SEMPORNA : Sebilangan besar
rakyat di Semporna terlalu mengharapkan agar wakil rakyat mereka lebih proatif terutama
memastikan pekan Semporna Sifar Sampah.
Jika sebelum ini Mantan ADUN
Sulabayan, Haji Harman Mohamad bukan sahaja gagal membawa sebarang pembangunan dan prasarana; malah 60 peratus penduduk masih
dibelenggu kemiskinan.
Seorang aktivis muda, Mohd
Saifullah Minggu menjelaskan kepada Sabahkini.Net kelmarin mengenai keadaan di
Semporna yang tiada kesudahannya, terutama sekali mengenai soal kebersihan yang
berada ditahap kritikal.
“Sebagai golongan muda yang
berwawasan, kami berharap agar ADUN yang baru, Datuk Jaujan Sambakong dapat
menerajui DUN Sulabayan dengan baik dan lebih fokus kepada pembangunan rakyat,
kebajikan, ekonomi dan alam sekitar kerana pekan ini menjadi destinasi pelancongan,”
ujarnya.
Sebagai wakil rakyat, tambah
Saifullah, Jaujan sewajarnya membawa pembaharuan dalam petadbiran dan berani
menegur pegawai kerajaan yang kebanyakannya makan gaji buta sehingga akhirnya
rakyat menyalahkan ADUN kerana gagal memikul amanah.
"Tolong pisahkan sampah
dengan Semporna kerana amat menjijikkan. Harap Jaujan dapat menjayakan misi
penting ini," ujar Saifullah yang kesal kerana MDS semakin lemah mentadbir
urus kebersihan pekan pelancongan tersebut.
This is so disgusting.
ReplyDeleteKeadaan ini tidak harus dibiarkan.
DeleteJangan biarkan masalah ini terus membelenggu.
ReplyDeletePencemaran yang mengancam kesihatan.
DeleteThis is what we should do.
ReplyDeleteWe should curb this prob asap
ReplyDeletePisahkan sebelum ia memakan diri.
ReplyDeleteBenar, jangan biarkan ia mengancam kesihatan dan pencemaran.
DeleteMalaysia is still capable of preserving unity of the ummah compared to the other nations which are now divided due to the lack of solidarity between the people, said State Minister for Community Development and Consumerism, Datuk Jainab Ahmad Ayid.
ReplyDeleteIn this regard, she expressed gratitude that in Malaysia, particularly in the state of Sabah, there was still peace despite having gone through numerous obstacles in preserving universal peace.
ReplyDeleteThe culture of mutual respect which had been practised for a long time had helped to resolve whatever problems that had cropped up, she told reporters after opening the 'Wacana Minda' carnival at the Masjid Bandaraya Likas
ReplyDeletethe carnival could contribute significantly in uniting the ummah through various activities organised as a public attraction.
ReplyDeleteThis programme is the first step towards turning the mosque as a centre for the growth of Islam in Sabah,"
ReplyDeleteMajlis Perbandaran harus bertindak.
ReplyDeleteTurun padang dan lihat keadaan sendiri.
ReplyDeleteJangan terbiarkan isu ini sebelum isu serius melanda.
ReplyDeleteKeadaan ini menjejas perkembangan industri pelancongan di Sabah.
ReplyDeletePembangunan pesat di daerah Semporna berjalan lancar seperti dirancang, sekali gus menangkis tohmahan pembangkang yang mendakwa terpinggir daripada arus pembangunan walaupun diwakili seorang Naib Presiden UMNO.
ReplyDeleteAhli Parlimennya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sebaliknya menegur pihak berkenaan supaya bangkit daripada tidur dan jangan sewenang-wenang menabur fitnah, sedangkan mereka sendiri pada masa sama tidak membawa sebarang pembangunan di negeri-negeri yang dikuasai.
ReplyDelete"Kadang-kadang saya kasihan dengan mereka yang bersusah payah datang ke seluruh negeri termasuk Semporna sekadar untuk menabur fitnah, sedangkan di negeri mereka kerajaan Barisan Nasional (BN) yang buat segala-galanya.
ReplyDelete"Saya nak tanya di Kedah, Kelantan, Selangor, Pulau Pinang apa projek pembangunan untuk rakyat yang mereka buat sejak memerintah, tiada! Apa yang mereka pandai dan cekap ialah hanya bercakap sahaja," katanya yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
ReplyDeleteMengulas tentang pembangunan di daerah itu yang terbahagi kepada penyediaan prasarana dan pembinaan modal insan, antara lain Mohd. Shafie berkata, pihaknya telah mengenal pasti tujuh buah pulau yang akan dibekalkan dengan kemudahan tenaga solar.
ReplyDelete"Penduduk pulau bakal mendapat kemudahan bekalan elektrik selama 24 jam. Kita juga akan menaik taraf loji air daerah ini bagi meningkatkan kapasiti, tendernya akan dibuka pada bulan ini.
ReplyDelete"Jalinan jalan raya juga akan dinaik taraf dan sudah diluluskan Kementerian Kerja Raya. Ini termasuk pembinaan jambatan menghubungkan Pulau Bum-Bum dengan tanah besar," katanya.
Semoga projek pembangunan ini membawa perkembangan yang baik.
DeleteTambahnya, jambatan yang memang dinantikan oleh semua pihak itu telah dibincangkan dengan mendalam di peringkat majlis ekonomi yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
ReplyDeleteTentang pembangunan modal insan, Mohd. Shafie berkata, Semporna selain mempunyai kemudahan persekolahan peringkat rendah dan menengah, turut mempunyai kolej-kolej berkualiti seperti Kolej Poly-Tech Mara dan Kolej RISDA.
ReplyDelete"Sebuah Maktab Rendah Sains Mara baharu juga akan dibina di sini pada tahun ini. Kumpulan pertama Kolej RISDA juga telah menamatkan pengajian peringkat sijil dan berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi di institusi lain," katanya.
ReplyDeleteKebersihan memainkan peranan penting dalam sektor pelancongan. Sabah mempunyai banyak pusat pelancongan, tapi masalah kebersihan sering menjadi cabarn kepada kita.
ReplyDeleteKeadaan ini menyakitkan mata semua orang.
DeleteMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun berkata terdapat ramai kalangan pelancong yang datang ke negeri ini mengutarakan aduan yang mengatakan bahawa tandas restoran dan awam di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu berada dalam keadaan sangat tidak memuaskan. Selain itu, terdapat juga Sampah sarap dibuang merata-rata (jalan raya, Sungai, dan laut)
ReplyDeleteBagaimana kita hendak mempromosi Sabah sebagai kawasan Eko Pelancongan yang terbaik di dunia jika kebersihan tidak dapat dijaga.
ReplyDeleteKebersihan adalahtanggung jawab bersama.
Deletekebersihan amat penting, kita seharusnya menjaga kebersihan, persekitaran yang tidak bersih memberi ketidakselesaan.
ReplyDeletepersekitaran yang bersih memberi impak kepada jumlah pelancong, jika persekitaran tidak bersih, ia memberi imej buruk kepada kita, kita hrus menjaga imej kita.
ReplyDeleteMemang betul, para pelancong akan rasa lebih senang hati jika negeri kita bersih dan segar. Ia bagus untuk kesihatan rakyat tempatan juga.
ReplyDeleteSemua lapisan masyarakat ada tanggungjawab untuk menjaga kebersihan, bukan hanya kerajaan dan pekerja kebersihan sahaja.
ReplyDeleteImej itu penting kerana ia merupakan persepsi pertama orang lain bila melihat sesuatu. Kebersihan yang baik menunjukkan imej yang baik. Kalau tempat pelancongan kita kotor, keseluruhan Sabah dan rakyatnya yang mendapat imej buruk.
ReplyDeleteKebersihan tanggungjawab bersama. Jangan harap orang lain saja. kita patut sedar dengan diri kita sebagai individu yang tinggal dikawasan tersebut.
ReplyDeletePenjagaan alam sekitar bukan sahaja tugas pihak kerajaan semata-mata. tetapi ia juga adalah tugas seluruh masyarakat.
ReplyDeletesatu garis panduan baru bagi menyelenggara tandas awam di seluruh negara akan diperkenalkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam usaha memastikan kebersihan tandas berada pada tahap yang memuaskan.
ReplyDeletejika sebelum ini PBT menggunakan kaedah sendiri untuk menyelenggara tandas awam di bawah jagaan mereka, saya harap dengan adanya garis panduan kelak akan memperbanyakkan lagi tandas awam yang mancapai taraf lima bintang..
ReplyDeletememang setuju kenyataan ni. siapa juga yang mahu melancong di tempat2 yang kotor kan. jadi, semua rakyat perlu sensitif dengan kepentingan menjaga kebersihan. mulakanlah ia dari rumah.
ReplyDeleteoleh itu, semua harus sentiasa menjaga kebersihan dan mengekalkan keindahan yang ada. menjaga kebersihan adalah tnggungjawab bersama.
ReplyDeleteKebersihan Sabah perlu diberikan keutamaan. Kerana kebersihan itu adalah antara penilaian dari para pelancong yang datang ke Sabah. Jika tidak pasti akan mencemarkan nama baik sabah sebagai tempat perlancongan di malaysia.
ReplyDeletePeniaga gerai dan orang awam diminta membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) menjaga kebersihan dan keindahan persekitaran serta kemudahan awam di kawasan masing-masing supaya sentiasa bersih dan terjaga.
ReplyDeleteOrang ramai dan para peniaga gerai perlu mengubah sikap seperti terlalu bergantung kepada PBT untuk melaksanakan tanggungjawab berkenaan.
ReplyDeletesekiranya orang ramai tidak membantu, pasti usaha untuk menceria dan mengindahkan sesuatu kawasan tidak akan tercapai.
ReplyDeletesikap sayangkan kawasan tempat tinggal dengan bersama-sama menjaga kebersihan, keindahan persekitaran serta kemudahan awam perlu disemai oleh semua masyarakat.
ReplyDeletekebersihan kawasan akan memberikan imej yang baik dan mampu untuk menarik pelancong luar datang ke Sabah.
ReplyDeletePBT mempunyai banyak tanggungjawab lain dan jumlah peruntukan yang mampu disalurkan ke sesebuah kawasan juga terhad.
ReplyDeleteSaya meminta para peniaga gerai memanfaatkan kemudahan yang disediakan di pasar berkenaan dengan memastikan semua sentiasa berkeadaan baik.
ReplyDeleteOrang awam juga perlu mempunyai sikap untuk menjaga kebersihan jangan sesuka hati membuang sampah.
ReplyDeletePada masa yang sama saya mahu penjaja dan peniaga kecil yang diberi peluang bekerjasama menjaga kebersihan gerai masing-masing kerana ia adalah antara daya tarikan.
ReplyDeleteerajaan Sabah akan memantapkan lagi undang-undang kecil berhubung keberishan bagi membolehkan pihak berkuasa tempatan di negeri itu berfungsi dengan lebih berkesan ke arah meningkatkan tahap kebersihan bandar di seluruh negeri itu.
ReplyDeleteAspek kebersihan bandar di Sabah masih menjadi masalah di kebanyakan PBT dan melalui penguatkusaan undang-undang kecil itu nanti akan mampu mengatasi masalah berkenaan.
ReplyDeletePelaksanaan undang-undang kecil ini akan diperluaskan ke seluruh PBT di Sabah. Ini adalah cara yang terbaik untuk memastikan masalah kebersihan in akan dapat diatasi sebaiknya.
ReplyDeleteOrang ramai juga perlu menanam sikap suka kepada kebersihan kerana kempen kebersihan bandar tidak akan berjaya sepenuhnya jika disandarkan kepada pihak PBT semata-mata.
ReplyDelete"Kesedaran orang ramai masih rendah dalam menjaga kebersihan.. Jadi kita perlu menanam sikap itu bagi memastikan kesedaran kepada rakyat begitu tinggi.
ReplyDeleteMari kita semua turun padang untuk menyelesaikan masalah kebersihan yang sering berlaku dikawasan di sabah ini. Terutama sekali dikawasan bandar. Maka jangan kita ambil mudah mengenai kebersihan ini.
ReplyDeletesemporna ni sepaatutnya bersih, kerana ia adalah pusat tumpuan pelancong
ReplyDelete