NAIK
TARAF.....Hospital ini perlu dinaik taraf kerana bilangan pesakit kian
bertambah, manakala nisbah doktor terlalu berkurang.
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
KINABATANGAN : Hospital Kota
Kibatangan perlu dinaik taraf seperti hospital-hopital lain yang terdapat di Sabah;
terutama sekali dari segi kelengkapan
yang sangat tidak memuaskan berikutan jumlah pesakit semakin bertambah ramai.
Antara masalah yang dihadapi
oleh hospital ini ialah kekurangan doktor yang amat meruncing kerana hanya
mempunyai 4 orang doktor; termasuk Pengarahnya dan 2 orang lagi ialah Pembantu
Perubatan (Medical Asisstant).
Masalah kedua yang yang dihadapi ialah sering terputus stok
filem X-Ray sehingga tidak dapat mengesan masalah orthopedik dan kemalangan
jalan raya.
Perkara ini dijelaskan
sendiri dua orang doktor dan beberapa orang jururawat di hospital yang meminta
agar nama mereka tidak disiarkan kerana karenah birokrasi.
"Kami harap agar masalah
yang kami hadapi dapat didedahkan untuk pengetahuan Pengarah Perubatan Negeri
Sabah dan Kementerian Kesihatan Malaysia agar diambil tindakan segera kerana
segala usaha kami melalui pentadbiran telah gagal,” kata Jurucakap hospital
berkenaan.
Sabah dan Sarawak mendapat perhatian Barisan Nasional (BN) dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dengan pelbagai projek infrastruktur dijanjikan untuk dibangunkan di kedua-dua negeri itu.
ReplyDeleteTindakan wajar harus diambil.
DeleteAntara projek yang dijanjikan ialah pembinaan Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 2,300km dari Sematan di Sarawak sehingga Serundung di Sabah, selain 2,500km jalan raya berturap akan dibina di Sabah dan 2,800km lagi akan dibina di Sarawak.
ReplyDeleteBN juga berjanji untuk membekalkan elektrik di kawasan luar bandar yang akan memanfaatkan 60,000 isi rumah di Sabah dan 80,000 isi rumah di Sarawak, selain bekalan air bersih kepada 320,000 isi rumah di seluruh negara.
ReplyDeleteSemoga bekalan asas sentiasa mencukupi.
DeleteDaripada segi kesihatan, BN menjanjikan untuk menubuhkan Pusat Kanser dan Pusat Jantung di hospital-hospital utama di Sabah dan Sarawak, selain memperbaiki akses untuk pendidikan berkualiti bagi komuniti kecil dan kawasan luar bandar terutamanya di kedua-dua negeri itu.
ReplyDeleteDalam aspek ekonomi dan memastikan usahawan Bumiputera tidak keciciran, BN berjanji untuk terus menyediakan peluang-peluang perniagaan, ekosistem yang kukuh dan sokongan institusi.
ReplyDeletePeluang akan diberi, ini juga terpulang sama ada belia menghargai peluang yang diberi.
DeleteSelain itu, BN juga akan meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20 peratus daripada perolehan minyak dan gas kepada Sabah, Sarawak, Te-rengganu, Kelantan dan Pahang.
ReplyDeleteDalam merancang jaringan keselamatan sosial, BN berjanji untuk mewartakan semua tanah adat menerusi perundingan bersama dengan kerajaan-kerajaan negeri.
ReplyDeleteRakyat harus sentiasa diutamakan.
ReplyDeleteMasalah kedua yang yang dihadapi ialah sering terputus stok filem X-Ray sehingga tidak dapat mengesan masalah orthopedik dan kemalangan jalan raya.
ReplyDeletePengarah perubatan harus mengambil langkah yang sewajarnya.
kemudahan haruslah lengkap
ReplyDelete