Sunday 5 May 2013

TAN SRI PANDIKAR MASIH BERBISA





Saudara Pengarang,

Kemunculan Tan Sri Pandikar ke dalam ceramah di Kota Belud baru-baru ini telah memberikan satu suntikan semangat baru buat golongan muda mahupun golongan veteran yang hadir untuk terus menyokong Barisan Nasional.

Tan Sri Pandikar dalam ucapannya menyeru rakyat supaya terus memberikan mandat serta sokongan kepada Barisan Nasional untuk menerajui kepimpinan negara pada PRU yang ke 13 ini bagi memastikan program transformasi terus dilaksanakan BN.

Tambah beliau lagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjaya membuktikan kebolehannya untuk membawa perubahan yang lebih besar di negara ini.

Tan Sri Pandikar merupakan pemimpin yang relevan sepanjang zaman , justeru setiap ucapan, seruan, pandangan dan teguran beliau sentiasa diterima baik.

Kemunculannya telah memberikan 'tekanan' kepada pihak tertentu seperti blogger Kelapa Mawar yang merasa terancam dengan kehadiran Tan Sri Pandikar. Saya boleh katakan di sini bahawa Tan Sri Pandikar adalah antara pemimpin yang masih 'berbisa' dan berpengaruh.

Ketika menjadi wakil rakyat yang mewakili kawasan Tempasuk dulu, Tan Sri Pandikar merupakan pemimpin yang lantang bersuara dalam sidang DUN. Beliau seharusnya menjadi contoh kepada mereka yang bergelar sebagai 'Wakil Rakyat' sekiranya menang nanti.

Jika kaum KDM mempunyai 'Huguan Siou' Tan Sri Joseph Pairin , kaum Iranun juga mempunyai Tan Sri Pandikar Amin yang layak menjadi 'Ketua' kepada mereka kerana beliau mampu memimpin keseluruhan rakyat.

Salam Hormat ,

JOMO KB

No comments:

Post a Comment