Friday, 1 July 2011

AGENDA BORNEO UNTUK SIAPA?



SETELAH 48 tahun Sabah ‘dijajah’ oleh Persekutuan Tanah Melayu, rakyat Sabah masih gagal mendapat autonomi sebagai sebuah ‘Negara’ di dalam ‘Negara’ dan bukan dilayan sebagai sebuah Negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu. Relevankah rakyat Sabah menyandarkan sisa-sisa harapan terhadap UBF yang diyakini mampu menjadi satu platform memperjuangkan 20 Perkara yang sudah lama bersemadi di lipatan sejarah?.

Berikut 7 Intipati Agenda Borneo untuk perbahasan pembaca Sabahkini.net

Agenda Borneo No. 1

MENUNTUT supaya Kerajaan Persekutuan mewujudkan ‘mekanisma mematuhi Perjanjian Malaysia 1963’ dibentuk melalui Kementerian atau Perbadanan untuk mencapai matlamat dan tuntutan utama seperti yang terkandung di dalam Perkara VIII Perjanjian Malaysia 1963; serta memulihkan status rakan kongsi negeri Sabah dan Sarawak setaraf dengan Malaya di dalam Persekutuan termasuk hak-hak dan hak-hak istimewa dan peranan Sabah dan Sarawak dalam kuasa kewarganegaraan, kuasa pendaftaran dan kuasa imigrasi;

Agenda Borneo No. 2

MENUNTUT supaya formula pengagehan hasil yang seimbang dan adil termasuk mengkaji semula peratus hasil daripada minyak mentah dan juga penempatan perwakilan yang lebih adil dalam Parlimen/Kabinet Persekutuan/Perundangan dan perkhidmatan tadbir dan diplomatik;

Agenda Borneo No. 3

MENUNTUT supaya Dasar Cabotaj/Pengangkutan/Perdagangan yang mempunyai impak negatif ke atas negeri-negeri Borneo;

Agenda Borneo No. 4

MENUNTUT supaya dihormati perlaksanaan hak-hak penduduk asli (Native Rights) dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan;

Agenda Borneo No. 5

MENUNTUT supaya fokus pembangunan ekonomi dialihkan supaya lebih menjurus kepada Sabah dan Sarawak termasuk mengurangkan jurang ekonomi dan digital di antara Malaya dan negeri-negeri Borneo Sabah dan Sarawak;

Agenda Borneo No. 6

MENGATASI masalah pendatang tanpa izin (PTI)/IC Projek, permasalahannya dan menggugat integriti persempadanan negeri Sabah dan Sarawak termasuk mengenakan seberat-berat hukum ke atas mereka yang mengeluarkan kewarganegaraan kepada pendatang tanpa izin;

Agenda Borneo No. 7

MENGKAJI kehadiran agensi-agensi daripada (Pusat) di Sabah/Sarawak yang telah menguasai hasil keluaran bidang tertentu, serta hak milik rakyat tempatan.

18 comments:

  1. Agenda yang baik tetapi entah bila akan dapat direalisasikan.

    ReplyDelete
  2. Masalah yang dihadapi sekarang adalah kesan daripada kesilapan lalu. Membiarkan masalah seperti ini terjadi dan melarat sehingga sukar mencari penawarnya.

    ReplyDelete
  3. haraplah UBF dapt memperjuangkan hak2 Sabah.

    ReplyDelete
  4. jangan berputus asa. 20 Perkara ini harus diperjuangkan sedaya yang mungkin.

    ReplyDelete
  5. apa yang penting, hak dan kepentingan Sabah dan Sarawak dijaga dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  6. Hope that UBF can fight for Sabah rights.

    ReplyDelete
  7. Semoga Sabah mendapat hak mereka. Jangan biar harta Sabah menjadi milik orang lain.

    ReplyDelete
  8. perjanjian 20 Perkara merupakan asas kepada pembentukan malaysia..perjanjian ini harus dipatuhi..

    ReplyDelete
  9. pemimpin2 sabah seharusnya bersatu untuk memastikan hak sabah tidak dicabuli atau dimanipulasikan..

    ReplyDelete
  10. diharap UBF dapat merealisasikan perjuangan agenda borneo..

    ReplyDelete
  11. jika semua ahli2 politik di Sabah bersatu hati tanpa mengira fahaman politik, tidak mustahil ketujuh2 agenda itu dapat direalisasikan..

    ReplyDelete
  12. antara ketujuh2 agenda itu, saya lebih suka jika agenda no. 6 diutamakan.

    ReplyDelete
  13. Apa yang penting ialah semangat untuk memperjuangkan hak rakyat.

    ReplyDelete
  14. autonomi untuk Sabah mesti dituntut habis-habisan melalui PRUke13. kumpulkan isu2 hangat,penjajahan, penyelewengan, rampasan tanah, conspirasi penghapusan hak anak negeri .., rasuah, pemberian MYKAD kepada rakyat Asing, pemberian tanah kepada rakyat asing, dan dsb nya. Dan Jangan lupa konsep 1Malaysia adalah untuk rakyat asing..?

    ReplyDelete
  15. Borneo agenda uis for Sabah people.

    ReplyDelete
  16. I'm not a holistic political observer but I think it is time for Sabahans to do something for themselves. To have something in hand.

    ReplyDelete
  17. Jeffrey is getting more active now.

    ReplyDelete