Wednesday 20 July 2011

APA ERTINYA NKRA JIKA MASIH BERHUTANG?



HUTANG.... Kunsul menunjukkan jalan yang telah disiapkan dan papan tanda kewujudan projek berkenaan untuk membuktikan KKLW masih berhutang dengan kontraktor bumiputera.

Oleh: JULKARIM MUHAMMAD

20 KONTRAKTOR Kelas F mencela sikap buruk Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang gagal menyelesaikan isu tuntutan kontrak kerja mereka yang belum dibayar; walaupun kerja telah disiapkan sejak lebih setahun lalu.

Jurucakap kontraktor berkenaan, Kunsul Nahul ketika menghubungi Sabahkini.net mengesahkan pihaknya sudah terlalu lama menunggu janji Shafie untuk menyelesaikan isu tuntutan 20 kontraktor bumiputera yang teraniaya oleh KKLW apabila Pejabat Daerah Lahad Datu tidak mempunyai cukup wang untuk membayar GWO (Pesanan Kerja Am) yang telah dikeluarkan kepada mereka.

“Kerja kita telah buat dan telah disahkan siap, tetapi sampai hari ini janji Shafie untuk selesaikan isu ini belum tertunai. Bukan salah kami. Kami terima GWO dan buat kerja ikut spesifikasi. Bila mahu tuntut, Pejabat Daerah kata duit habis,” ujar Kunsul yang mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena kerana peruntukan khas RM1.5 juta yang dikeluarkan oleh KKLW kepada Pejabat Daerah Lahad Datu telah disalahgunakan untuk tujuan lain sehingga mereka gagal membayar kontrak kerja yang telah kami siapkan.

Tegas Kunsul, walaupun tuntutan projek kecil beliau tidak banyak, antara RM20,000 sehingga RM50,000, tetapi adalah jumlah yang cukup besar bagi kontraktor Kelas F seperti beliau dan rakannya yang bukan sahaja terpaksa membeli batu kelikir, membayar pekerja dan sewa jentera.

Projek Selenggara Jalan Kampung Kg Sapagaya Lahad Datu yang diperolehinya melalui KKLW/PD/PJK/S/LDU/SIM/358P/03-09 dan dikeluarkan GWO bernombor A 172499 pada 19 Mac 2009, kata Kunsul telah disiapkan dua minggu kemudian.

Kunsul bagaimanapun tidak ingin menyentuh GWO 19 rakannya yang teraniaya KKLW melainkan jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berminat untuk menyiasat kes berkenaan.

“Jadi, saya minta jasa baik Shafie, janganlah terlalu temberang dengan janji NKRA. Selesaikan dahulu isu hutang kerajaan kepada kontraktor Kelas F, lebih kurang RM750,000 yang belum dibayar,” kata Kunsul yang agak kesal kerana sebagai Menteri dan juga Naib Presiden UMNO, Shafie sewajarnya menjaga kebajikan Kontraktor Bumiputera Kelas F yang menjadi mangsa birokrasi; termasuk perebutan peruntukan antara Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Parlimen Silam.

Kunsul turut menggesa SPRM agar menyiasat kes berkenaan sehingga ke akar umbi kerana beliau percaya banyak peruntukan projek KKLW dipesongkan untuk melaksanakan kerja yang tidak disenaraikan atau melakukan ‘Top-Up’ terhadap kerja yang dilaksanakan sambil lewa atau tidak siap.

“Jika SPRM berminat mahu siasat, boleh cari saya kerana saya juga mahu tahu apa kuasa Pejabat Daerah Lahad Datu mahu menahan bayaran yang sepatutnya dibayar kepada saya dan rakan lain sejak setahun lalu?” tanya Kunsul.

22 comments:

  1. apa yg telah menjadi buah mulut diSabah ia lah... Kerajaan UMNO/BN dengan sewenang-wenangnya boleh menyeleweng dan tidak akan diambil tindakan.. sudah menjadi darah daging... alike father, alike son..?

    ReplyDelete
  2. Hope that the NKRA can bring positive developments in Sabah.

    ReplyDelete
  3. Shafie should make sure those contractors are paid. Hope that he can take action regarding this issue.

    ReplyDelete
  4. Woow another bad news for Datuk Shafieee... He better stop this kind of story to pop up again and again.

    ReplyDelete
  5. Such a shame. How on earth he can't make the payment on time???

    ReplyDelete
  6. Tak hairan la projek terbengkalai. Semenanjung pula diutamakan dulu.

    ReplyDelete
  7. harap pembayaran kepada kontraktor2 tersebut akan segera dilaksanakan.

    ReplyDelete
  8. harap pekara ini akan dapat diselesaikan dengan segera.

    ReplyDelete
  9. perlu siasat perkara ni supaya tahu di mana sebenarnya punca masalah ni. manatau wang sudah diberi kepada Pejabat Daerah tapi sudah habis sebelum sampai di tangan kontraktor2.

    ReplyDelete
  10. lain kali kontraktor2 ni pula yang tidak siapkan kerja kalau bayaran diberi tidak cukup. harap tuntutan segera dibayar.

    ReplyDelete
  11. Apa macam mahu hidup senang macam ini kalau bayaran lambat dapat tapi kerja siap tepat pada masanya? Yang kaya makin kaya, yang sederhana dan miskin makin susah pula.

    ReplyDelete
  12. Shafie harus lebih proaktif dalam menyelesaikan masalah2 seperti ini.

    ReplyDelete
  13. Jgn bimbang, Shafie sedang sibuk sekarang di semenanjung, nnt kalau dia free sudah, nnt turun la dia sini selesaikan masalah kamu...sabar ah En. kontraktor....

    ReplyDelete
  14. jangan2 penyelewengan...SPRM patut sisasat kes ini.

    ReplyDelete
  15. masalahnya dave, sudah lama isu ini tertunggak...kalau ikhlas, mengapa tidak selesaikan saja pada masa tuntutan tersebut dibuat?

    ReplyDelete
  16. difahamkan peruntukan khas 1.5 juta sudah diberi kepada pejabat daerah lahad datu untuk tujuan pembayaran..tapi bagaimana pula ianya tidak mencukupi?

    ReplyDelete
  17. pasal nilah pembangunan di sabah lembab..

    ReplyDelete
  18. Kerana kontraktor tidak sanggup menanggung beban dengan pembayaran yang lambat dan tidak tahu bila akan dapat.

    ReplyDelete
  19. This is a serious allegation against the government.

    ReplyDelete
  20. sudah dua kali isu ini dibawa ke media oleh orang yang sama.. adakah Shafie benar2 berkonflik dengan Kunsul? kalau wujudpun konflik itu, jangan la sampai nama KKLW dijadikan mangsa.

    ReplyDelete
  21. I only hope the best for you.

    ReplyDelete